Get $25 free
loading...

CINTA BERTAUT KEMBALI, INI BUKTI NORA DANISH & NEDIM AKAN BERKAHWIN


Selepas hubungan pelakon jelita Nora Danish dan Nedim anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia YB Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz putus pada Ogos tahun lalu, kini hubungan mereka dikhabarkan bertaut kembali. 

Nora Danish yang dilihat dihantar teman lelaki, Nedim Nazri ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang berangkat ke New York, Amerika Syarikat (AS) untuk menjalani penggambaran drama arahan Erma Fatima di kota kosmopolitan itu.



Gambar mesra mereka dikongsi Nedim melalui akaun Instagram, disifatkan sebagai cinta bertaut kembali. Nedim juga menulis status yang membuktikan mereka dilamun cinta kali kedua.


"Semoga perjalanan kamu ke New York akan selamat tiba. Selalu ingat, bahawa saya akan sentiasa berada di sisi tak kira di mana kamu berada. Berhati-hati, solat dan jangan lupa betapa kita dirahmati kerana Dia.

"Saya sanggup menyeberangi lautan dan apa saja halangan demi kamu. Saya tak akan berjalan di atas lautan api dengan kamu kerana saya mahu bersama kamu mengejar hingga ke Jannah.
"Jaga diri. Insya-Allah, saya akan bertemu kamu nanti," kata Nedim.

Sebelum ini, dalam 'drama' berasingan, Nora dilihat berkongsi gambar menggayakan gaun perkahwinan rekaan Ashraff Zainal Atelier. Tindakannya itu turut mendapat reaksi netizen yang tertanya-tanya apakah Nora akan berkahwin?



Walaupun gaun perkahwinan yang digayakan adalah merupakan salah satu babak beliau akan berkahwin dengan Baim Wong atau Remy Ishak, namun ia pasti merupakan tanda hubungan mereka berdua akan ke jinjang pelamin tidak lama lagi. Sama-samalah kita mendoakan kebahagian Nora dan Nedim ini. 



Previous
Next Post »
loading...