- Details
- Published on Wednesday, 13 January 2016 08:05
.
Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan panggilan Che Ta sudah penat dengan dunia lakonan? Aktres jelita ini katanya membuat keputusan untuk pulang ke kampung dan membuka restoran.
Bukan itu sahaja, Che Ta turut membuat jualan langsung bagi produk kecantikan miliknya di restoran makanannya itu. Dek kerana Che Ta membuka restoran, Izreen Azminda pula merasa terancam apabila semua orang bertumpu di restoran Che Ta.
Bagimanapun itu cuma lakonan Che Ta menerusi drama terbaharu di slot Iris, TV3 berjudul Kak Marr yang ditayangkan mulai 13 Januari ini, jam 6.30 petang.
Selain Che Ta, drama terbitan Zeel Production Sdn. Bhd. ini ini turut dibarisi pelakon hebat lain seperti Izreen Azminda, Sherry Ibrahim, Redza Rosli, Hairi Safwan, Ben Ali, Adik Arissa.
Drama arahan Emi Suffian ini turut menampilkan Aaisha Dhia Rana, puteri comel Che ta yang buat pertama kalinya tampil secara eksklusif di dalam drama.
.
Sebanyak 20 episod, Kak Marr mengisahkan Kak Marr (Che Ta) bekas jurusolek artis yang cantik, glamour danterkenal dalam bidangnya itu. Namun setelah meningkat usia, Kak Marr mengambil keputusan untukbersara dan pulang ke kampungnya.
Di kampung, Kak Marr membuka sebuah gerai makan yangmendapat sambutan dan terkenal dengan Mee Udangnya.
Kecantikan Kak Marr juga membuatkan seorang duda bernama Zolkifli (Redza Rosli) jatuh cinta tapi seringkali terlepas peluang untuk menyatakan rasa hatinya kepada Kak Marr.
Kak Marr turut menjual produk kecantikan dan ramailahjuga orang kampung terutamanya golongan isteri dan gadis berpusu-pusu datang ke kedainya untukturut menjadi cantik dan bergaya seperti Kak Marr.
Namun kerana kehadiran Kak Marr, telah membuatkan perniagaan Asmah (Izreen Azminda) yangmenjual laksa semakin merudum. Tiada lagi pelanggan datang ke kedainya, jualannya juga tidak habiskerana semua orang bertumpu ke kedai Kak Marr. Ditambah pula dengan hasutan-hasutan Kak White yang dengki dengan kejayaan Kak Marr.
Kak White turut mencadangkan kepada Asmah untuk berjumpa bomoh bagi merosakkan perniagaan Kak Marr. Berjayakah rancangan Asmah untuk menjatuhkan Kak Marr?
- mD
