Get $25 free
loading...

Bukan Menipu Tapi Hormati Sam - Syatilla Melvin

..

Pelakon Syatilla Melvin menjelaskan tindakannya tidak berkongsi cerita cinta kepada umum kerana menghormati permintaan bakal suaminya pelakon Shaheizy Sam.

“Bukan bermaksud saya menipu tetapi saya harus menghormati cara Sam. Jadi, apabila hari ini sampai masanya untuk kami perjelaskan dan umumkan perkahwinan, maka semuanya amat melegakan hati saya,” katanya seperti yang dilaporkan sebuah portal hiburan.

Beberapa hari lalu timbul dakwaan pasangan tersebut bakal mengadakan sidang media bagi pengumuman perkahwinan mereka.

Gosip tersebut menjadi viral sehingga Syatilla jadi buruan pihak media namun pelakon drama Sha Dan Syah ini menafikannya.

Syatilla dan Sam mula berhubungan baik sejak enam tahun lalu namun hanya serius menjalinkan hubungan cinta sekitar dua tahun lalu. Mereka berkenalan melalui laman sosial Facebook.

Pasangan ini bakal diijabkabulkan selepas Isyak di Pulau Pinang pada 8 Februari depan. Ianya juga merupakan tarikh hari lahir Syatilla yang ke-25 tahun.

Mendapat penajaan berjumlah RM25 juta sekaligus majlis perkahwinan mereka digelar sebagai 'Wedding of The Year'.

Previous
Next Post »
loading...