- Details
- Published on Thursday, 07 January 2016 23:03
Foto: Sinar HarianSEREMBAN: Bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dan Pengerusi MCA negeri, Datuk Dr Yeow Chai Thiam, 62, meninggal dunia akibat penyakit kanser, malam ini.
Beliau menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Port Dickson, jam 8.53 malam.
Mendiang meninggalkan seorang isteri, Datin Chua Lay Ping dan dua orang anak.
Pengerusi MCA Negeri Sembilan, Datuk Seri Dr Lim Chin Fui, ketika dihubungi, mengesahkan kematian Chai Thiam.
Mendiang yang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lukut selama empat penggal, pernah dilantik sebagai EXCO kerajaan negeri selama dua penggal mulai tahun 1995.
Anak jati Port Dickson itu pernah menjadi Senator pada tahun 2009.
-Berita Harian