Get $25 free
loading...

68 Ditahan Polis Turki Selepas Letupan

ISTANBUL : Turki telah menahan 68 orang anggota kumpulan militan Islamic State (IS) dalam serbuan di seluruh negara, kata media tempatan semalam.

Penahanan dibuat selepas seorang pengebom berani mati IS membunuh 10 orang di tengah Istanbul kelmarin, namun laporan itu tidak menjelaskan sama ada pernahanan berkenaan ada kaitan dengan kejadian tersebut.

Seramai 65 orang ditahan kelmarin dalam serbuan di Ankara; Izmir di Aegean; Kilis di sempadan Syria; Sanliurfa; Mersin di Mediterranean dan Adana di selatan Turki, lapor agensi berita Anatolia.

Di Ankara, pihak berkuasa menahan 16 orang yang disyaki terbabit merancang satu serangan besar-besaran di ibu kota itu, menurut laporan itu.

Sebanyak 21 orang yang ditahan di Sanliurfa pula dipercayai merancang untuk menyerang sebuah lokasi yang tidak dijelaskan di Turki.

Tiga lagi anggota IS yang disyaki ditahan semalam di bandar Antalya, selatan Turki. Kesemua tiga anggota itu warga Rusia, tambah laporan ber­kenaan.

Bagaimanapun, laporan itu tidak menjelaskan sama ada terdapat kaitan dengan kejadian pengeboman berani mati kelmarin di Dataran Sultanahmet, tengah Istanbul.

Pihak berkuasa berkata kejadian itu dilakukan oleh seorang anggota IS yang datang dari Syria.

Letupan berdekatan monumen Obelisk Theodosis itu mengegarkan kawasan di Sultanahmet yang merupakan antara destinasi pelancongan popular di Turki.

– AFP

Previous
Next Post »
loading...