Get $25 free
loading...

Yeay!! Menang Pingat Perak Taekwondo Poomsae Championship

Alhamdulillah.. Khair berjaya memenangi tempat ke-2 dalam 7th SVLT Taekwondo Poomsae Championship 2019. Senyum lebar dia masa naik podium dan terima medal. Saat yang membanggakan buat aku dan isteri. Kiranya secara rasminya ahad lepas dah boleh tutup cerita kekalahan masa join Kejohanan Taekwondo Poomsae di Putrajaya beberapa bulan yang lalu. Hahaha. Dah menang pingat perak, katanya kena hormat dia sekarang. Apa-apa yang dia request kena bagi. Hamboi.. macam bos. Over benor. Hahaha.

Well.. untuk makluman, ini adalah kali ke-2 aku hantar Khair untuk libatkan diri dalam kejohanan Taekwondo. Kedua-dua kejohanan yang Khair join adalah kejohanan Poomsae dimana ia bertujuan untuk melihat sejauh mana penguasaan peserta-peserta dalam menguasai Taekwondo Poomsae (pattern, bentuk pergerakan) mengikut gred masing-masing.

Kalau dalam kejohanan pertama yang Khair pernah sertai dulu, dia kalah awal dalam pusingan saringan Taekwondo Pomsae untuk kategori pemegang tali pinggang kuning (yellow belt) kerana kurang berpengalaman dan masih lagi cuak-cuak. Tapi untuk entry kali ini dia didaftarkan bawah kategori 7-8 tahun untuk tali pinggang hijau (green belt).

Secara jujurnya walaupun Khair dah hafal semua step, aku sebenarnya tak meletakkan harapan yang tinggi untuk dia menang, kerana fokus utama aku membenarkan dia menyertai kejohanan ini adalah supaya dia dapat didedahkan dengan persekitaran yang lebih agresif, serta meningkatkan kemahiran kognitif dan menjadi seorang yang lebih berdaya bersaing sekiranya ingin menang.

Seawal jam 8.00 pagi aku sekeluarga dah tercongok didewan kejohanan. Dan mengikut kiraan kasar yang dibuat, seramai lebih kurang 100 peserta yang menyertainya dengan pelbagai peringkat umur.

Selesai pendaftaran dibuat, aku sebagai daddy yang cakna tentang anak-anak, dah tentu akan duduk berdekatan untuk memberikan moral support. Dan berkali-kali juga aku mengingatkan dia supaya jangan lupa step, tendang tinggi-tinggi untuk collect point banyak dan yang paling penting.. jangan terikut-ikut apa yang peserta lain buat. Sebabnya dalam kejohanan yang dulu, antara penyebab utama kekalahan Khair adalah kerana dia ikut orang lain buat step yang salah. Sampaikan bila aku dah pesan banyak-banyak kali.. dia marah aku balik sebab pesan benda yang sama berulang-ulang. Hahaha.

Dalam jam 9.00 pagi kejohanan dimulakan dengan pemegang tali pinggang kuning mempersembahkan dahulu gerakan poomsae masing-masing didepan pengadil. Kemudian diikuti dengan pemegang tali pinggang hijau, biru, merah dan hitam. So bila dah ramai macam ni.. bermaca-macam jenis pattern yang boleh ditonton, tak kurang juga ada yang terlupa step. Hohoho.

So bagi Khair, dia kena perform Taegeuk 3. Dan secara keseluruhannya ada 20 step yang perlu dipersembahkan depan judges. Dan syukur.. satu step pun dia tak buat salah.

Fuh.. masa ni bila tengok Khair perform depan judges, jujur daddy senyum sorang-sorang masa rekod video. Rasa bangga kejap sebab dalam masa yang singkat Khair dapat hafal semua step walhal dia baru je dapat naik ke tali pinggang hijau penghujung bulan Julai tempoh hari (bulan September dah la banyak kali tak dapat hadir latihan sebab masalah jerebu yang teruk).

Kejohanan tamat dalam jam 1.00 petang apabila kesemua peserta selesai mempersembahkan poomsae masing. Selain Khair diumumkan sebagai pemenang pingat perak untuk kategori yang dia sertai, saat lebih manis apabila sekolah Khair juga telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan 7th SVLT Taekwondo Poomsae Championship 2019.

So, anak-anak murid dapat bawak balik medal. Sekolah pulak dapat bawak balik piala. Fewitttt.


Previous
Next Post »
loading...