DuitNow, fungsi terima duit yang di pindah ke akaun melalui penggunaan nombor telefon, kad pengenalan, nombor passport ataupun nombor pendaftaran syarikat je. Actually fungsi ni dah lama ditawarkan, tapi baru hari ni aku aktifkan sebab takut ada isu masa awal-awal keluar dulu.
Untuk fungsi DuitNow ni aku link kan nombor telefon aku untuk menerima apa-apa pindahan wang. Sebab, senang.. tak payah nak ingat nombor akaun panjang-panjang.
Nak guna IC macam was-was pulak. Dan wife aku ada cakap jugak, untuk DuitNow ni.. satu nombor telefon hanya 1 akaun bank sahaja yang boleh di-link-kan. Kalau nak tambah untuk akaun bank yang lain, kena link-kan dengan IC ataupun passport pulak.
Ahh leceh lah.. 1 akaun bank je dah mencukupi. Asalkan duit orang transfer masuk ke akaun aku. Dan akaun tu pulak akaun bank yang aku selalu guna. Selesai. Heee.
By the way kalau korang nak aktifkan DuitNow ni mudah je. Macam aku, gunakan akaun bank Maybank sebagai akaun yang link dengan nombor telefon, ikut je step dibawah.
1. Pendaftaran ID DuitNow melalui laman Maybank2u
2. Login Maybank2u
3. Klik ‘Apply’
4. Pilih ‘DuitNow’ dan klik ‘Apply Now’ untuk terus ke pendaftaran ID DuitNow.
5. Pilih akaun bank (sekiranya ada lebih daripada 1 akaun dalam Maybank2U) yang ingin di link-kan dengan nombor telefon.
6. Klik ‘Submit’ untuk lengkapkan pendaftaran.
See. Mudah kan? Lepas ni orang yang tahu nombor contact aku dah boleh transfer duit melalui nombor telefon je. Itu lah fungsi DuitNow. Yeay!
ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM