Get $25 free
loading...

“Hubungan Kami Okey” – Tunang Beri Penjelasan, Status Kecewa Bukan Untuk Intan Najuwa

Semalam tunang pelakon Intan Najuwa menjadi perhatian apabila memuat naik status di Instastory seolah-olah kecewa dengan Intan susulan gambar berpeluk dengan pelakon Zul Ariffin menjadi viral.

BACA : Berpeluk Dengan Zul Ariffin, Tunang Sedih Intan Najuwa Tak Hormat Dirinya

Tidak mahu isu tersebut berpanjangan, Razrul Anwar Rusli tampil menjelaskan perkara sebenar dan memberitahu kenyataan yang dimuat naik di Instastory miliknya itu dibuat secara umum dan bukan ditujukan kepada tunangnya itu.

“Kenyataan itu dibuat secara general… Ia hanya peringatan untuk semua. Saya selalu saja update berkenaan motivasi dan berkongsi perkara-perkara positif di dalam Instagram. Tak pernah negatif.

“Lagi-lagi pula tengah isu mengenai gambar (dipegang Zul Ariffin) itu.

“Sejujurnya saya tak follow pun kerja-kerja artis sebab kami berlainan bidang,” – jelas Razrul kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Razrul mengakui sedang dalam proses untuk membimbing Intan demi kebaikan masa depan mereka selepas bergelar suami isteri.

“Ya, saya memberi keizinan kepada Intan untuk berlakon, malah saya turut berbangga jika Intan masih lagi menjadi heroin selepas kami berkahwin,” – Razrul.

Betullah apa yang Intan jelaskan sebelum ini bahawa dia sudah mendapat izin daripada tunangnya untuk berlakon dengan lelaki lain meskipun sudah bergelar isteri suatu hari nanti.

Berpeluk Dengan Zul Ariffin, Tunang Sedih Intan Najuwa Tak Hormat Dirinya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...