Get $25 free
loading...

#SunwayForGood Deepavali Cheer Mengukir Senyuman Untuk 900 Kanak-Kanak Sekolah Di Perak

Bagus betul Sunway Group ini bilamana baru-baru ini mereka ada melancarkan satu program CSR yang dipanggil #SunwayForGood Deepavali Cheer. Program ini yang memfokuskan kepada aktiviti kebajikan serta membawa 900 kanak-kanak yang bersekolah di Perak untuk mengikuti lawatan sambil belajar di Lost World of Tambun.

Sekadar makluman, walaupun seringkali musim perayaan disambut dengan pelbagai aktiviti yang menceriakan, namun situasi ini berbeza bagi sebilangan mereka yang kurang mendapat perhatian terutamanya mereka yang dikategorikan sebagai golongan B40.

Maka selain bertujuan untuk mengukirkan senyuman diwajah mereka ini, program ini juga bertujuan untuk memastikan anak-anak yang terpilih supaya tidak ketinggalan didalam pendidikan di masa akan datang. Justeru kempen #sunwayforgood Deepavali Cheer ini turut menyediakan bantuan keperluan sekolah seperti menaik taraf perpustakaan dan induksi program Bantuan Literasi ICT.

Kempen #sunwayforgood Deepavali Cheer ini mendapat sokongan daripada ahli-ahli exco negeri Perak, Jabatan Pelajaran Perak dan untuk makluman, Friends of Mankind telah diwujudkan bagi memberi tindak balas segera terhadap kajian yang menunjukkan peratus penurunan kadar keciciran tertinggi yang terdiri daripada kanak-kanak dari dari kumpulan B40 ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia Perak dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungkai, YB Sivanesan Achalingam yang hadir pada majlis itu memuji inisiatif Sunway Group sebagai salah satu usaha yang menyokong Kerajaan Perak untuk menaikkan isi rumah B40.

Menurut beliau, “Kerajaan Perak telah mengambil beberapa langkah positif seperti memperkenalkan Kad Prihatin Perak, mengembangkan projek pertanian masyarakat, memberikan rebat bil elektrik, air percuma dan sesi latihan untuk usahawan kecil dan sederhana bagi membantu kumpulan B40 mengurangkan beban mereka. Jadi, inisiatif Kumpulan Sunway ini adalah sangat penting kerana ia dapat membantu anak-anak dan keluarga mereka untuk memecahkan kitaran kemiskinan dengan memastikan anak-anak menerima pendidikan yang sepatutnya diterima.”

Pengarah Eksekutif Sunway City Ipoh, Wong Wan Wooi pula berkata bahawa keseluruhan inisiatif itu sejajar dengan komitmen Sunway Group dalam Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang bertujuan untuk pembangunan mampan dan saksama tanpa meninggalkan sesiapa pun di belakangnya.

“Pengasas dan pengerusi kami, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah percaya bahawa pendidikan menawarkan laluan terbaik daripada kemiskinan. Kami berharap dengan menjangkau 900 pelajar utama dari kumpulan B40 dan menyediakan mereka dengan keperluan sekolah, para pelajar akan bermotivasi untuk meneruskan pendidikan untuk masa depan yang lebih cerah. Inisiatif #sunwayforgood kami telah mencapai sehingga 40,000 penerima, dan kami berharap dapat menjangkau 50,000 penerima pada penghujung tahun ini. “

Pelancongan Pendidikan di Lost World of Tambun

Program ini telah dilancarkan pada 13 Oktober di mana seramai 160 orang kanak-kanak dari pelbagai sekolah termasuk SJK (T) Klebang, SJK (T) Ladang Chemor, SJK (T) Kg Simee, dan SJK (T) Ladang Strathisla telah dijemput untuk mempelajari tentang pelbagai haiwan di dalam zoo di Lost World of Tambun.

Selain berpeluang untuk belajar, para pelajar juga turut menikmati hidangan tengah hari yang mewah di Lost World Hotel. Semasa majlis makan tengah hari diadakan, para pelajar turut menerima bekalan sekolah termasuk beg sekolah, alat tulis, air dan bekas makanan, multivitamin, ubat gigi, pencuci mulut dan sabun yang mesra alam daripada pihak Sunway Hotels & Resorts.

Inisiatif Kembali ke Sekolah

Sunway Group akan meneruskan program #sunwayforgood Deepavali Cheer dengan mengedarkan barangan keperluan sekolah pada 14 Oktober kepada 740 pelajar lain di SJK (T) Klebang, SJK (T) Ladang Chemor dan SJK (T) Kg Simee, dimana pembekalan barangan keperluan tersebut adalah sama seperti yang telah diberikan pada penerima yang sebelumnya dan termasuklah sabun mesra alam, Soapful yang telah dikitar semula oleh Sunway Hotels & Resorts.

Soapful adalah inisiatif kelestarian Sunway Hotels & Resorts yang mana ia menggunakan sabun-sabun terpakai daripada hotel dan diagihkan kepada penerima terpilih untuk kegunaan peribadi. Malah ia turut bagi memenuhi sebahagian daripada program perusahaan sosial mereka di jualan amal, pasaran komuniti dan platform sosial yang lain. Projek yang dilancarkan secara rasmi pada 5 Disember 2018 ini adalah kerjasama dengan pelbagai rakan kongsi projek seperti Ecolab Sdn Bhd, Kinder Soaps Sdn Bhd dan Komuniti Belia Selangor (SAY).

R.E.A.D. Program

Kumpulan Sunway akan memulakan program Sunway R.E.A.D (Reading Increases Aspiration and Drive) di mana perpustakaan sekolah SJK (T) Klebang akan diubah suai. Selain daripada kerja-kerja membaik pulih, pihak Sunway Group juga berusaha untuk melengkapkan perpustakaan dengan buku-buku yang diperlukan untuk tujuan pendidikan.

Kumpulan Sunway dan Friends of Mankind melancarkan kempen sumbangan buku mereka bulan lalu dimana buku-buku tersebut dikumpulkan di premis Sunway terpilih di seluruh negara, dan kemudiannya akan diserahkan kepada perpustakaan sekolah.

Program Bantuan Literasi ICT

Sebagai sebahagian daripada inisiatif jangka panjang #sunwayforgood untuk menjadikan pendidikan dapat diakses oleh pelajar yang memerlukan di negara ini, kempen ini akan memulakan program Bantuan Literasi ICT pada tahun 2020. Program ini akan memberi tumpuan kepada pembelajaran digital, di mana para pelajar diajar asas-asas teknologi maklumat dan juga kemahiran pengaturcaraan.

Video Deepavali

Akhir sekali untuk menyebarkan kemeriahan perayaan Deepavali, Sunway Group telah mengeluarkan satu video mengenai perayaan Deepavali. Dimana di dalam sebuah negara yang harmoni dan berbilang kaum seperti Malaysia ini, setiap perayaan disambut oleh semua rakyat Malaysia. Video ini memaparkan kepentingan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia, dan bagaimana kita dapat menghargai dan menghayati keunikan perbezaan budaya kita.

Melalui video tersebut, korang juga berpeluang untuk memenangi hadiah Deepavali dengan hanya menonton video serta menjawab soalan di dalam pautan di bawah:


SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Previous
Next Post »
loading...