Alangkah terkejutnya apabila si suami apabila si isteri memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Barat dan akan dibicarakan jam 3 petang ini.
BACA : Datuk Red Timang Anak Ke-10, Adira Nafi Sudah Diceraikan
Itulah yang terjadi kepada Datuk Seri Adnan Abu, suami kepada penyanyi Adira Suhaimi yang mendakwa tidak mengetahui isterinya itu memfailkan penceraian perkahwinan mereka.
Sebelum ini timbul spekulasi mengenai Adira akan bercerai dengan suaminya yang lebih dikenali dengan panggilan Datuk Red, ternyata kali ini ia adalah benar terjadi.
Menurut portal Harian Metro, Datuk Red menafikan mengenai isu perceraian itu dengan menjelaskan ia hanya khabar angin seperti mana ia heboh diperkatakan sebelum ini.
“Berita mengatakan saya dan Adira mahu bercerai itu adalah palsu kerana kami masih bersama.
“Kelmarin saya baru saja pulang ke rumah Adira dan kami melakukan hubungan intim.
“Pagi semalam saya bersarapan bersamanya seperti biasa sebelum keluar bekerja. Hubungan kami baik dan mesra,” – jelas Datuk Red kepada Harian Metro.
Namun, ternyata kenyataan Datuk Red itu adalah hanya satu gurauan menurutnya kerana pada petang tadi, Adira dan suaminya hadir ke mahkamah selepas Adira menggunakan kaedah hakam kerana suaminya tidak bersetuju dengan permohonan cerainya sebelum ini.