Get $25 free
loading...

Berjaya Transfer Domain Dengan Harga Murah

Kalau ikutkan dah beberapa kali aku berniat nak pindahkan domain hafizrahim.com kepada registrar yang lain. Tapi disebabkan bila dah hujung-hujung waktu domain dah nak expired tu aku terlupa, maka aku terpaksa renew dengan registrar yang sedia ada.

Untuk proses transfer domain kepada registrar lain ni bukannya ambil masa yang singkat. Minimum 5-6 hari bagi membolehkan proses pindah registrar itu berlaku dengan jayanya. Jadi, let say kalau domain ko nak expired esok dan malam ni baru nak pindahkan.. jawabnya memang tak boleh la. Domain ko sempat expired dulu. Hohoho.

Baru-baru ni bila aku dah teringat langsung pasal transfer domain ni kan.. of course la aku search terus registrar mana yang murah. Dan Alhamdulillah, langkah kanan aku bila terjumpa satu registrar oversea.. NAMESILO namanya, yang menawarkan harga yang rendah. Biarpun urusniaga dalam USD, tapi harganya jauh lebih murah berbanding registry tempatan. USD7.39 bersamaan dengan RM30.93.

Dan.. dan.. yang menariknya lagi WHOIS Privacy yang macam registry tempatan selalu dok kenakan caj tambahan tu, diberikan secara percuma. Wooohuuiii. Jimat duit.

Domain hafizrahim.com ni tiap-tiap tahun renew guys. Benda dah jadi sebahagian daripada hidup aku. Walaupun ada sentimental value yang sangat tinggi, tak bermakna aku tak cuba berjimat serendah yang boleh.

Hosting dah dapat pakej shared hosting murah daripada GBNetwork (servis pun tiptop), domain pulak dapat domain murah daripada Namesilo. Kombinasi yang mantap. Macam perkahwinan campur.. anak jadi mixed dan hensem. Dah tentulah aku orangnya. Blog hensem, pemilik blog pun hensem. Fewittt. Kah ;p


Previous
Next Post »
loading...