Get $25 free
loading...

Buat Pertama Kali Boleh Shopping Sampai Tengah Malam, Mitsui Outlet Park Buat 'Hal' Lagi

Jualan mega Mitsui kembali lagi. Siapa tak pernah pergi Mitsui Outlet Park, inilah masanya korang wajib, mesti, dan perlu berkunjung ke sana sebab ada peluang hebat, SHOPPING SAMPAI TENGAH MALAM.


via GIPHY

Tak pernah lagi orang buat shopping sampai tengah malam, tapi Mitsui Outlet Park buat pertama kalinya akan melangsungkan JUALAN TENGAH MALAM (FIRST TIME MIDNIGHT SALE) selama dua hari.

Bila?

Jualan ini akan berlangsung pada 1 dan 2 November 2019 dengan pelbagai aktiviti, persembahan serta acara-acara khas yang telah disusun buat semua pengunjung Mitsui Outlet Park.

Bagi korang yang tak tahu dan tak pernah pergi lagi, Mitsui Outlet Park merangkumi 50 jenama terkenal seluruh dunia seperti Nike, Adidas, Pandora, Poney, Cotton On, Clarks dan variasi kedai barangan berjenama lain, tak lupa juga butik kanak-kanak yang sesuai untuk kunjungan seisi keluarga.

Ini antara tawaran JUALAN TENGAH MALAM yang akan berlangsung awal bulan November ni. Tak sabarrrrrr.
  • Pelbagai aktiviti pada waktu kemuncak daripada 9 malam hingga 12 tengah malam. Persembahan nyanyian secara live dan kehadiran kru Hot FM seperti permainan, hadiah dan banyak lagi.
  • Diskaun sehingga 90% untuk barangan berjenama.
  • Pelanggan boleh membeli-belah tanpa waktu terhad sehingga jam 12 tengah malam.
  • Jualan Happy Hour menanti!
Peluang ni korang tak akan dapat dekat mana-mana tempat selain Mitsui Outlet Park je. Apa yang paling best, korang tak perlu terkejar-kerja pilih barang sebab Mitsui tutup lambat selama dua hari tu.

Perkara paling penting sekali korang kena buat adalah lock tarikh ni siap-siap dan stand-by 'ongkosnya' supaya korang tak meleleh air liur tengok orang lain dapat grab barang dengan harga yang tak masuk akal.


via GIPHY

Peluang datang sekali je. Inilah masanya!

Untuk maklumat lanjut layari website atau Facebook rasmi Mitsui Outlet Park KLIA Sepang.

lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...