Get $25 free
loading...

“Saya Sayang Awak Sampai Mati” – Aliff Syukri Kongsi Video Peluk Isteri Bukti Dah Berbaik

Jika korang adalah salah seorang peminat atau pun followers usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri di Instagram mahu pun di Youtube, sudah pasti korang tahu hubungan Aliff dan isterinya Datin Seri Shahida sedikit goyah.

BACA : “Kenapa Edit Caption?” – Aliff Syukri Sindir Isteri Di Instagram, Datin Shahida Tinggalkan Komen

Sebelum ini, Aliff dan Shahida masing-masing meluahkan rasa kecewa dan sedih di media sosial menunjukkan yang hubungan mereka dalam situasi yang tidak menyenangkan.

Namun, kepada korang yang risaukan dengan hubungan pasangan ini, korang sudah boleh mengusap dada kerana Aliff dan Shahida sudah berbaik-baik dan dah peluk-peluk manja gitu!

Ya, perkara baik ini telah dikongsikan oleh Aliff Syukri di Instagram dan Youtube Channel miliknya dan memaparkan mereka berdua berpeluk antara satu sama lain dan kelihatan Shahida menitiskan air mata sambil bersalam tangan dengan suaminya.

Rata-rata netizen meninggalkan komen postitif dan mahukan pasangan Aliff dan Shahida tidak mahu bergaduh lagi kerana kasihankan anak-anak mereka.

Video Aliff Syukri Peluk Isteri Tanda Sudah Berbaik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...