Get $25 free
loading...

“Mukanya Serupa Bapanya…” – Oksana Fail Petisyen Tentukan Bapa Anaknya Di Mahkamah Rusia

Selepas mendakwa terpaksa menjual cincin perkahwinannya bernilai 203,000 pound (kira-kira RM1.05 juta) bagi membayar bil perubatan yang ditanggungnya semasa mengandung, bekas ratu cantik Moscow, Rihana Oksana Gorbaenko kali ini memfailkan petisyen untuk menentukan ayah kepada anaknya.

BACA : Rihana Oksana Tuntut Rumah Agam RM41.2 juta & Nafkah Anak RM123,000 Sebulan

Petisyen paterniti di Mahkamah Daerah Dogomilovsky dengan menamakan Sultan Muhammad V sebagai defendan itu mungkin akan menyaksikan hakim memerintahkan satu ujian DNA dijalankan ke atas Sultan Kelantan.

Sebelum ini, Oksana menuntut elaun bulanan kira-kira RM123,000 dan hartanah di Moscow dan London bernilai RM47 juta, bagaimanapun mendakwa tiada kemajuan dalam tuntutan penyelesaian tersebut.

Menurut laporan Free Malaysia Today, pada mulanya memilih untuk tidak meneruskan kes tersebut dengan harapan ia boleh diselesaikan secara baik selepas tiga bulan selepas peguam Sultan Muhammad V menolak dakwaan Oksana bahawa beliau merupakan bapa anaknya.

Laporan itu turut mengatakan, sekiranya Sultan Muhammad V enggan menghadiri pendengaran kes atau menjalani ujian DNA, mahkamah boleh menerima tuntutan paterniti Oksana melalui penghakiman ingkar.

“Mukanya serupa bapanya dan berwajah Asia,” – kata Oksana dalam satu temu bual sebelum ini.

Oksana menegaskan anak beliau, Leon, merupakan hasil perkahwinan mereka.

Sumber : Free Malaysia Today,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...