Get $25 free
loading...

“Lelaki Itu Ada Menghubungi Saya Dan…” – Netizen Fitnah Rita Rudaini Sudah Munculkan Diri

Netizen yang didakwa memfitnah Rita Rudaini di Instagram akhirnya tampil membuat pengakuan selepas hampir seminggu laporan polis dibuat oleh pelakon itu di Balai Polis Kota Damansara, Selangor.

BACA : “Kenapa Adik Tak Ada Daddy?” – Anak Rita Rudaini Tanya Mana Ayahnya

Individu yang menggunakan akaun @ahmadsan81 didakwa menulis komen berniat jahat terhadap anak pelakon Rita Rudaini dan peguam Rita, Mohd Syakirin Syazwan Mohd Nayan, memberitahu lelaki tersebut sudah menghubunginya bagi menyelesaikan isu tersebut.

“Selepas laporan polis dibuat, individu itu ada menghubungi saya dan menjelaskan mengenai komen yang ditulis di Instagram milik Rita. Memandangkan kita sudah buat laporan polis, jadi dia perlu bertemu dengan pihak polis untuk ambil kenyataan.

“Berbaki lebih kurang tujuh hari sahaja lagi, lelaki itu perlu tampil bersemuka dan membuat permohonan maaf dengan Rita. Tarikh pertemuan itu masih dalam perbincangan dan akan ditetapkan oleh polis.

“Lelaki itu memberikan kerjasama yang baik dan pertemuan itu mungkin akan diadakan dalam masa terdekat,” – jelas peguam Rita kepada mStar.

Sebelum ini, Rita telah membuat laporan polis selepas mendapati komen yang mempersoalkan status sah taraf anak-anaknya itu berniat jahat dan memberi kesan buruk terhadap mereka.

Menerusi Instagram milik Rita, seorang netizen meninggalkan komen mempersoalkan status sah taraf anak-anaknya pada salah satu foto yang di muat naik.

“Entah anak-anak hang (kamu) anak sah taraf ke? Tanya jer,” tulis pemilik akaun @ahmadsan81.

Netizen terbabit diberi tempoh selama 14 hari untuk tampil membuat permohonan maaf atau berdepan tindakan mahkamah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...