Get $25 free
loading...

Perkara Penting Dalam Bajet 2020 Untuk Kementerian Belia Dan Sukan

Dalam pemerintahan kerajaan baru ni aku tak berapa nak peduli sangat pasal benda lain, tapi aku tertarik untuk follow berita yang berkaitan dengan Kementerian Belia Dan Sukan. Kerana bagi aku, menteri kepada KBS ini iaitu YB Syed Saddiq cukup proaktif dalam melakukan kerja-kerja beliau dalam usaha meningkatkan lagi pembangunan generasi muda.

Disebabkan itu bila hari ini Bajet 2020 dibentangkan, of course lah pengumuman yang dinanti-nantikan adalah berkenaan bajet yang akan diberikan kepada KBS. Ye lah, nak tahu jugak berapa yang KBS akan terima dan seterusnya apa pulak perancangan yang akan dilakukan oleh KBS bagi memastikan bajet itu membantu merealisasikan visi-visi mereka.

So bila dah dengar dengan teliti intipati bajet 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, YB Lim Guan Eng petang tadi, ini adalah isi-isi penting yang sempat aku catatkan.

Pertama, untuk keseluruhannya Kementerian Belia dan Sukan menerima bajet sebanyak RM1.2 bilion. Dimana berdasarkan perbandingan dengan bajet yang diterima tahun lepas, ia mempunyai kenaikan sebanyak 10.9%.

Kedua, untuk pembangunan belia. Sebanyak RM138juta diperuntukkan bagi memperkasakan Youth Power Club (YPC), Malaysia Future Leaders School (MFLS) dan juga Volunteerism Initiatives (Inisiatif Sukarelawan).

  • Youth Power Club (YPC) – Kelab Pemuda Belia yang menjadi platform untuk menyatukan semua gerakan belia dan sukan bagi membantu remaja dalam memberi tumpuan kepada aktiviti komuniti, sambil melatih mereka sebagai pemimpin di peringkat akar umbi.
  • Malaysia Future Leaders School (MFLS) – Sebuah program baharu yang menggantikan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Biro Tatanegara (BTN) yang dirangka secara holistik untuk remaja berusia 15-17 tahun, dengan gabungan kegiatan ‘indoor’ (dalaman) dan ‘outdoor’ (luaran) yang berimpak tinggi.

Ketiga, sebuah dana khas bernilai RM6.5 bilion diwujudkan bagi mewujudkan kira-kira 350,000 peluang pekerjaan. Dimana melalui program #MALAYSIAKERJA ini, sekaligus mengurangkan kebergantungan negara terhadap 130,000 pekerja asing. Bagi peluang pekerjaan ini, ia akan dipecahkan kepada 4 kategori, iaitu:

1. GRADUATES@WORK – #GRADUANKERJA

  • Untuk graduan yang menganggur lebih daripada 12 bulan.
  • Apabila mendapat pekerjaan, akan mendapat insentif gaji sebanyak RM500 selama 2 tahun sebagai tambahan kepada gaji yang diterima.
  • Bagi majikan pula: Insentif penawaran pekerjaan kepada setiap graduan diatas akan melayakkan majikan menerima sehingga RM300 sebulan selama 2 tahun.

2. WOMENS@WORK – #WANITAKERJA

Pekerja wanita yang kembali bekerja setelah berhenti selama setahun atau lebih dan berumur dalam lingkungan 30-50 tahun akan layak mendapat insentif seperti berikut:

  • RM500 sebulan selama 2 tahun sebagai insentif upah.
  • Insentif cukai dipanjangkan selama 4 tahun
  • Dan bagi majikan pula yang menerima golongan wanita ini untuk bekerja, akan melayakkan mereka menerima RM300 sebulan untuk tempoh 2 tahun.

3. LOCALS@WORK – #WATANKERJA

  • Insentif gaji bagi rakyat Malaysia yang diupah untuk menggantikan pekerja asing (RM200 / RM500) selama 2 tahun
  • Manakala bagi majikan pula: Layak menerima insentif sehingga RM300 sebulan selama 2 tahun sekiranya menggaji pekerja diatas.
  • Meningkatkan gaji minimum kepada RM1,200 di bandar-bandar utama dan RM1,100 di luar bandar.
  • Pembangunan Belia (YPC, MFLS, inisiatif sukarelawan) – RMXXX juta

4. APPRENTICE@WORK (TVET) – #PERANTISKERJA

  • Menyediakan elaun tambahan RM100 untuk pelatih TVET.
  • Insentif cukai dilanjutkan untuk mereka yang terlibat dalam Skim Latihan Dual Nasional (SLDN) selama 2 tahun.
  • Insentif cukai yang diberikan kepada syarikat-syarikat di bawah Program Latihan Berstruktur (SIP) akan merangkumi semua pelajar bukannya kejuruteraan dan teknologi sahaja

Selain itu, menerusi pembangunan TVET iaitu singkatan bagi Technical and Vocational Education and Training (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional), sejumlah peruntukan telah disediakan untuk mengarus perdana TVET, iaitu termasuklah:

  • RM50 juta melalui PTPK (Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran) untuk membiayai kursus TVET
  • Melibatkan Institusi Latihan Kemahiran Awam (IKLA)
    • Untuk menambah baik peralatan dan upah pengajar dari industri.
    • Menyediakan dana geran padanan sebanyak RM20 juta untuk menyokong kursus TVET dengan kerjasama industri.
    • Meningkatkan keterlibatan persatuan/industri dalam tadbir urus dan pengurusan ILKA
  • Kerajaan akan menyediakan HRDF RM30 juta untuk melatih 3,000 belia dari isi rumah berpendapatan rendah
  • dan, penglibatan rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) menawarkan kursus ijazah untuk pelatih yang menamatkan pengajian dari Kolej Vokasional.

NOTA: Bagi aku, langkah ini aku setuju untuk dilaksanakan sebabnya untuk mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia ni, graduan perlu dilengkapi dengan skill supaya mereka ada add on value yang boleh memberikan pulangan yang berbaloi kepada syarikat yang ingin mengambil mereka bekerja. Bukan sekadar tahu teori semata-mata.

Yang keempat, pembangunan sukan. Dimana RM179 juta diperuntukkan untuk penyediaan para atlit dan ke kejohanan berprestij seperti Tokyo Olimpik 2020, Hanoi Sea Games 2020 dan juga kejohanan yang melibatkan atlet paralimpik.

Yang kelima, program sukan untuk wanita dimana peruntukan sebanyak RM299 juta akan diberikan bagi proses pembinaan fasiliti serta naik taraf kemudahan sukan termasuklah:

  • Kompleks Belia Dan Sukan, dan
  • Pusat Sukan Negeri

Yang keenam iaitu peruntukan untuk eSukan dimana sebanyak RM20 juta disediakan. Ini kerana industri eSukan adalah medium terkini yang penting dalam membina generasi masa depan. Bagi aku yang bersetuju dengan peruntukan bajet ini, setuju dengan pendapat bahawa eSukan bukanlah sekadar bermain game namun ia merupakan langkah awal anak muda bersedia dalam Revolusi Industri 4.0.

Dan akhir sekali, iaitu peruntukan untuk Program Pembangunan Bola Sepak Negara dimana RM45 juta diperuntukkan bagi meningkatkan lagi mutu pelapis-pelapis pemain negara tersebut hingga ke peringkat yang lebih membanggakan.

So secara keseluruhannya apa yang aku boleh rumuskan tentang bajet 2020 bagi Kementerian Belia dan Sukan ini adalah sesuatu yang bagus. Banyak usaha baru dilakukan dalam memperkasakan belia negara kita. Dan tak mustahil sekiranya segala perancangan ini berjalan lancar, inshAllah kita akan mempunyai golongan belia dan negara yang hebat di beberapa tahun yang akan datang.


Previous
Next Post »
loading...