Pelakon Syafiq Kyle mendedahkan aksi terapung di dalam bersama pelakon Mimi Lana merupakan babak paling sukar dilakukan pelakon olehnya menerusi filem terbaharu, Pusaka yang menyebabkan celah kangkangnya sakit.
BACA : Isu Video Lucah, Syafiq Kyle Mahu Aiman Tino Berfikir Dengan Waras
Menurut Syafiq, dia terpaksa menahan sakit di celah kangkangnya disebabkan tali pada jaket
“Antara semua babak, saya rasa babak ketika saya dan Mimi terapung itu paling mencabar. Celah kangkang saya sakit disebabkan tali yang menampung badan saya.
“Babak itu perlu dilakukan berulang kali dan agak lama juga. Jadi, saya perlu fokus pada emosi, raut wajah dan pada masa sama menahan sakit.
“Bagi saya ia babak yang paling mencabar dalam filem itu. Tapi Alhamdulillah, kami semua berjaya lakukan yang terbaik,” – jelas Syafiq kepada mStar.
Bagaimanapun, babak yang paling mencabar dalam filem itu berjaya dilakukan oleh Syafiq dan Mimi Lana dengan terbaik. Fuhh, lega!

Toyota Innova Zenix: Lima Sebab Kenapa Rakyat Mala ...

Junjung Kasih Tuanku! Tmj Kurnia Duit Raya Kepada ...

#hiburan: Waspada Lelaki Bersongkok Jalur Kuning D ...

Selepas Indonesia Dan Eropah, Giliran Skuter Ev Ho ...