Get $25 free
loading...

“Tak Ada Isu Kulit Gelap” – Ibu Haneesya Hanee Jelaskan Motif Sebenar Laporan Polis

Sebelum ini, ibu kepada pelakon Haneesya Hanee, Nor Sakuraneeda mendakwa dia telah membuat laporan polis terhadap tiga akaun laman sosial.

BACA : “Lutut Lupa Nak Berus Ke?” – Netizen Kecam Lutut Berkerak, Haneesya Hanee Padam Gambar

Tampil menjelaskan keadaan sebenar, Nor Sakuraneeda menjelaskan laporan polis terbabit tiada kaitan dengan isu kulit gelap anaknya seperti yang didakwa segelintir pihak.

Menurut Nor Sakuraneeda, laporan tersebut dibuat kerana dia menerima mesej berbaur ugutan, penggunaan foto Haneesya tanpa izin dengan niat untuk mengaibkan dan menghina tempat tinggal mereka.

“Saya buat laporan supaya tidak ada lagi fitnah. Laporan ini juga tidak ada kaitan dengan isu kulit gelap. Satu akaun saya buat di Facebook saya berkenaan mesej berbaur ugutan.

“Dua akaun lagi di laman sosial Haneesya. Akaun itu mengambil gambar tanpa izin untuk mengaibkan Haneesya. Lagi satu, individu ini mengaitkan Hajarul Aswad dan menghina tempat tinggal kami.

“Tak ada isu kulit gelap. Selama ini anda semua bersuara bukan saja berkaitan kulit gelap tapi anda hina dia, anda panggil dia binatang dan bab*, saya tak buat apa pun,” – jelas Nor Sakuraneeda kepada mStar Online.

Nor Sakuraneeda membuat penjelasan itu menerusi video yang dimuat naik anaknya di Twitter selepas kenyataannya sebelum ini disalahertikan beberapa pihak.

Sebelum ini, Haneesya menuntut beberapa individu membuat permohonan maaf secara terbuka kerana kenyataan dan komen menghina warna kulitnya namun tidak diendahkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...