Get $25 free
loading...

"Mana Aku Ada Banyak Duit Macam Tu? Tak Kan Nak Kena Minta Sedekah Pulak?"

"Mana aku ada duit banyak tu! Tak kan nak kena minta 'sedekah' pulak?"

Dialog seperti ini sering berlegar dalam fikiran bila terpaksa cari alternatif lain selain duit simpanan sendiri yang tak seberapa untuk bayar kos rawatan hospital mahupun kos kerosakkan kemalangan.

Namun, ada segelintir daripada kita yang masih tidak ada kesedaran terhadap kepentingan insurans.

Dialog ini biasa kita dengar dan setiap kali soalan ini diutarakan, pasti yang berlegar dalam fikiran kita adalah, 'mereka ini (ajen) hanya mahu kejarkan duit kita.

Ejen: "Tak nak buat insurans ke bang? Nanti kalau sakit, kesian dekat anak, bini nak cari duit mana? Sakit sikit-sikit, setakat demam tu tak pe lah bang. Buatnya kena masuk hospital, dibedah pulak. Banyak kos tu.

Prospek: "Takpelah bro. Selagi boleh berdoa minta sihat tubuh badan, kita doalah. Kalau benda nak jadi, dia jadi jugak. InsyaAllah, aku tawakal dan berdoa tuhan tu jaga anak bini aku.

Ejen: "Kalau macam tu kenapa abang pergi kerja hari-hari?"

Prospek: "Laa, kena lah kerja. Nanti anak bini aku nak makan apa?"

Ejen: "Oh, kenapa abang tak duduk je tawakal kat rumah? Tuhan jagalah makan minum abang dengan anak bini nanti."

Ha, sentap kan kalau baca?

Pernah terfikir tak kenapa kena ambil insurans? Sebenarnya ada banyak kelebihan kalau ada insurans. Tambah-tambah bila nak difikirkan kos bayaran perubatan yang bukan RM10, RM20 tau. Kadang-kadang beribu-ribu ringgit.

Janganlah sampai nak kena mengemis nanti baru ingat nak ambil insurans. Bila ada insurans ni dapatlah cover sikit sebab malang tak berbau.

Tak rugi ambil insurans, sebab dijamin akan memudahkan kita di hari yang mendatang. Biasa kita dengar insurans ni biasanya ratus-ratus sebulan. Tapi, korang akan terkejut dengan produk perlindungan GoLifePLus dengan harga serendah..

RM13 SAHAJA.

GoLife plus ini merupakan pelan insurans dengan perlindungan sehingga umur 50 tahun dan menawarkan bayaran manfaat sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal (TPD) ke atas orang yang diinsuranskan akibat semua/segala sebab. 

Selain itu, pelan ini turut menawarkan perlindungan tambahan sekiranya berlaku kematian atau TPD akibat penyakit-penyakit berjangkit tertentu merujuk kepada Demam Denggi, Demam Chikungunya, Malaria, Ensefalitis Jepun, Selesma Avian ataupun jangkitan Virus Zika.

Apa yang menariknya korang ditawarkan dengan perlindungan premium sehingga RM76,000 namun dengan harga yang sangat mampu bayar.

Apakah syarat-syarat GoLife Plus yang korang perlu tahu?

1. Tempoh semakan percuma
Istimewanya perlindungan ini, korang boleh batalkan e-sijil dalam masa 15 hari daripada tarikh penghantaran e-sijil pertama. Sebarang premium yang dibayar oleh pemilik sijil akan dibayar balik jika pemilik sijil membatalkan perlindungan insurans semasa tempoh semakan percuma.

2. Had ke atas manfaat TPD 
Jumlah maksimum agregat manfaat TPD yang akan dibayar ke atas orang yang diinsuranskan di bawah sijil ini dan semua polisi atau sijil individu dan berkelompok.

3. Proses tuntutan 
Pelanggan boleh memuat turun borang tuntutan di www.sunlifemalaysia.com

4. Pembatalan sijil
Pelanggan boleh membatalkan e-sijil hanya dengan langkah mudah melalui careline atau aplikasi mudah alih.

Macam mana nak memohon?

Korang boleh memohon perlindungan GoLife Plus ini dengan GoPayz yang memudahkan pengguna untuk mendaftar, melakukan pembayaran, membuat tuntutan dan menguruskan hanya dengan satu platform.

Mudah kan?

Tak perlu fikir banyak kali, daripada korang habiskan RM13 tu dekat benda lain baik korang sumbangkan sikit jumlah tu untuk perlidungan terbaik masa hadapan.

Kita tak tahu apa akan jadi esok lusa. Apa yang penting kita dilindungi.

Untuk maklumat lanjut korang boleh layari laman web ni.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...