Get $25 free
loading...

Haneesya Hanee Kecewa Pemilik Produk Kongsi Gambar Seksi Nampak Peha

Kecoh semalam apabila sekeping gambar pelakon Haneesya Hanee memakai tudung tetapi seksi dari bahagian peha hingga ke kaki jelas kelihatan.

BACA : “Tak Ada Isu Kulit Gelap” – Ibu Haneesya Hanee Jelaskan Motif Sebenar Laporan Polis

Selepas diasak dengan kecaman hebat daripada netizen, Haneesya atau nama sebenarnya Sharifah Haneesya Sayed Sahlan meluahkan rasa kesal apabila mendakwa pemilik produk berkenaan memungkiri janji.

Menurut Haneesya, foto tersebut tidak seharusnya dikongsi keseluruhan imej seperti yang diingatkan olehnya kepada pemilik produk.

“Saya tak bodoh agama dan saya tak akan memperlekehkan agama saya sendiri. Saya diberitahu gambar yang diambil cuma separuh dan sekadar nampak skarf. Itu saja tapi saya tak sangka gambar itu adalah gambar penuh.

“Sedangkan masa penggambaran saya dah ingatkan mereka supaya tidak merakam foto saya dalam keadaan seksi apatah lagi muat naik di laman sosial,” – jelas Haneesya dihubungi mStar Online.

Gambar Haneesya Hanee memakai tudung, seksi nampak peha yang viral di media sosial

Haneesya menegaskan dalam isu ini dia tidak melakukan kesalahan kerana gambar tersebut dikongsi oleh orang lain sehingga mencetuskan kontroversi sehingga dikecam memperlekehkan agama.

Dalam pada itu, Haneesya memberitahu bahawa mesej yang cuba ditonjolkan menerusi gambar tersebut ialah peranan skarf yang boleh ditampilkan dalam pelbagai gaya seperti ala-ala ‘old school‘.

“Lutut Lupa Nak Berus Ke?” – Netizen Kecam Lutut Berkerak, Haneesya Hanee Padam Gambar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...