Semalam wife buat suprise. Katanya nak ke Digi Centre, nak tengok plan baru. Akhirnya bila dah tanya-tanya pada orang Digi, terus wife kata.. ambik la tukar plan baru sekali dengan telefon baru. Hadiah hari jadi advance katanya, iPhone 11 Pro.
Terus dalam hati senyum sampai ke telinga. Rasa macam mimpi pulak nak dapat iPhone baru. Sebelum ni masuk Machine mampu belek-belek je, sekarang dah boleh guna terus. Hohoho.
Actually, aku ambil model 11 Pro ni pun sebab size dia tak jauh beza dengan iPhone 7. Malah compare spec dengan iPhone 11 Pro Max pun lebih kurang je. Kelebihan pada iPhone 11 Pro Max, cuma pada bateri dan size skrin yang lebih luas.
Tapi bagi aku yang tak suka skrin besar-besar sebab susah nak handle guna sebelah tangan je, iPhone 11 Pro sudah memadai. Beli yang size storage nya 256GB. Boleh simpan banyak gambar sikit. – Sebagai backup in case disaat memerlukan walaupun selalunya aku akan auto-sync semua gambar dalam Google Photos.
By the way bila aku dah cuba hidupkan iPhone 11 Pro ni, tak sangka pulak proses transfer file dari handphone lama ke baru sangat mudah. Ingatkan kena backup kat iTunes bagai takpun pindah segala file backup masuk iCloud (sebab kalau kena masuk iCloud confirm aku kena subscribe storage yang besar, almaklumlah banyak weh data tersimpan dalam iPhone 7 tu).
Tapi rupa-rupanya cukup sekadar meletakkan iPhone baru dan lama sebelah menyebelah. Ini kerana melalui pengalaman aku semalam, iOS menyediakan satu fungsi dimana korang boleh memilih option untuk “transfer from iPhone”.
Bila klik je option tu, korang kena follow instruction dari iPhone baru untuk scan semacam biometric code kot menggunakan iPhone lama supaya segala data dapat dipindahkan secara over the air.
Overall process tak sampai 20 minit pun untuk data dari iPhone 7 aku yang sebesar hampir 30GB, yang mana data-data itu termasuk data chat WhatsApp, email, sosial media dan segala aplikasi yang terpasang dalam iPhone lama.
Pendek kata, bila dah siap nanti semua data yang ada dalam iPhone 7 lama aku tu akan boleh diakses kembali kedalam iPhone 11 Pro tanpa ada sedikit pun yang hilang. Kagum weh.. gila advance. That’s why aku suka dengan ecosystem iOS, sebab memudahkan kerja aku.
Dari segi battery usage pulak, walaupun kapasiti bateri iPhone 11 Pro tak sebesar kapasiti iPhone 11 Pro Max.. tapi melalui normal daily usage (aku seorang yang heavy user dengan segala aplikasi sosial, email dll), setakat ni penggunaan bateri masih ditahap memuaskan. Sebabnya.. sejak dari jam 9.00 malam tadi (baru on, keluar dari kotak) hingga ke hari ini jam 5.00 petang (dimana sekarang entri ni dikarang menggunakan aplikasi Notes), masih berbaki lagi 1% bateri yang tinggal. 18 jam guys. Not bad. Hohoho.
Apa-apa pun ini bukan lah review detail mengenai iPhone 11 Pro. Cuma sekadar entri penghargaan buat wife sebab belanja aku handphone baru. Siap ambik kan pakej Digi PhoneFreedom 365 untuk, yang mana selepas 18 bulan nanti aku boleh tukar kepada iPhone model lain pulak secara percuma. Heee. Saya suka.. saya suka.
Thank you darling. Love you berganda-ganda. Dah sayang, jadi lagi lebih sayang. Terharu kejap. Muah. XOXO
p.s: Masih agak kekok sebab iPhone 11 Pro tak ada butang fizikal. Jari asyik cari je mana home button. Hahaha