Gara-gara memuat naik status di laman Twitter mendakwa dirinya mahu menyahaktif akaunnya dengan alasan tidak sanggup melihat kritikan daripada netizen, pelakon Haneesya Hanee dikecam teruk oleh netizen.
BACA : Haneesya Hanee Kecewa Pemilik Produk Kongsi Gambar Seksi Nampak Peha
Ini disebabkan bekas Dewi Remaja itu dikatakan meniru ayat terakhir bintang K-Pop, Sulli yang menggemparkan dunia hiburan antarabangsa apabila didapati membunuh diri dua hari lepas.
Menurut netizen, Haneesya tidak sensitif dengan kematian selebriti Korea yang baru sahaja meninggal dunia itu dan mendakwa dia sengaja untuk meraih populariti daripada netizen.
Dalam pada itu ada juga yang menyindir Haneesya yang mahu deactivate akaun Twitter, tetapi hingga sekarang, akaun tersebut masih wujud.
Video terahir Sulli dan ayat yang dikatakan ditiru oleh Haneesya Hanee
This is what Sulli said in her last broadcast “I am not a bad person. I’m sorry. Why are you saying bad things about me? What did I do to deserve this?”
Her trying to still be nice and smile to you, cyberbullies. I am devastated.. God. RIP, angel. 💔😠pic.twitter.com/jQrigG4V7R
— k i m m y🌼 (@_kmbrlyjn) October 14, 2019