Get $25 free
loading...

Tol percuma di Lebuhraya LATAR pada 9 Mei

Pengguna tidak perlu membayar tol mulai 8 pagi hingga 5 petang pada hari mengundi.

KUALA LUMPUR: Lebih 100,000 pengguna Lebuh Raya Kuala Lumpur – Kuala Selangor (Lebuhraya LATAR) bakal menikmati perjalanan tol percuma mulai 8 pagi hingga 5 petang pada 9 Mei ini sempena pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Pengarah Urusan Lebuhraya LATAR, Datuk Mohamed Raffe Chekku berkata tawaran itu untuk membantu pengguna keluar mengundi pada hari berkenaan.

“Lebuhraya LATAR adalah pintu masuk bukan sahaja ke bandar-bandar kecil di pantai barat Semenanjung Malaysia, tetapi juga ke bandar lain seperti Selayang, Rawang, Shah Alam, Sg Buloh dan banyak lagi.

“Pasukan operasi kami sentiasa bersedia untuk memantau pergerakan lalu lintas pada hari itu. Di samping itu, laluan tambah nilai ‘Touch N Go’ masih beroperasi 24 jam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Maklumat lanjut mengenai Lebuhraya LATAR boleh didapati melalui talian 03-6145 1515 atau melayari https://ift.tt/2rbvk2f dan http://www.twitter.com/Latarexpressway.

LATAR Expressway Berhad yang dahulunya dikenali sebagai Lebuhraya Assamjawa Taman Rimba Bhd (LATAR), merupakan subsidiari Bina Puri Holdings Berhad (50%) dan Rafulin Holdings Sdn Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya, Arena Irama Sdn Bhd (50%).

Klik sini untuk perkembangan sepanjang musim PRU14


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...