Get $25 free
loading...

Pengarah pilihanraya Amanah Selangor keluar parti

Jaafar Samsudin mahu memberi tumpuan kepada keluarga.

PETALING JAYA: Pengarah Pilihanraya Amanah Selangor Jaafar Samsudin hari ini mengumumkan keluar dari parti berkuatkuasa serta-merta.

Dalam surat yang dinaikkan di Facebook, Jaafar memberi alasan ingin memberi tumpuan kepada keluarga.

“Saya dengan rasa rendah diri memohon berhenti menjadi ahli parti Amanah. Saya berhenti menjadi ahli kerana untuk memberi tumpuan dalam hal keluarga.

“Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kerana memberi kepercayaan saya memegang beberapa jawatan seperti ketua kawasan Kota Raja, pengarah pilihan raya Selangor serta ahli jawatankuasa pilihan raya Amanah nasional,” kata Jaafar dalam surat yang diserahkan kepada Setiausaha Agung Anuar Tahir hari ini.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Khalid Samad mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata pemergian Jaafar kerugian besar buat Amanah.

“Beliau kawan saya sejak 20 tahun kami kenal. Keputusan itu satu kehilangan besar kepada parti. Kita hormat keputusan beliau dan berterima kasih kerana telah memberi sumbangan kepada parti dan rakyat khusus di Kota Raja.

“Dekat pilihanraya banyak tekanan. Kita parti baru tidak boleh bertanding semua kerusi PAS tandingi. Mungkin dia kecewa kerana kami tidak mendapat lebih banyak kerusi,” katanya.

Jaafar menyertai PAS pada 1998 dan memegang jawatan pengarah pilihanraya PAS Selangor dari 2002 hingga 2015, beliau kemudian meninggalkan parti Islam itu pada 2016 untuk menyertai Amanah.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...