Nizam Abu Bakar Titingan yakin pengundi di Apas meletakkan kepercayaan kepada BN untuk membawa negara ke arah lebih gemilang.
KOTA KINABALU: Ketua Pemuda Umno Tawau Datuk Nizam Abu Bakar Titingan tidak menolak kemungkinan akan diletakkan sebagai calon BN di DUN Apas.
Kerusi itu sebelum ini dipegang abangnya, Datuk Tawfiq, yang meninggal dunia semasa berkhidmat sebagai wakil rakyat.
Tawfiq meninggal dunia akibat kanser pankreas pada 14 Mac di usia 56 tahun di satu hospital swasta di ibu negara.
Beberapa laporan media berspekulasi Nizam, yang juga setiausaha politik kepada ketua menteri Sabah, akan bertanding di kerusi abangnya.
“Saya serahkan kepada budi bicara pucuk pimpinan parti untuk meletakkan siapa sahaja yang difikirkan sesuai menjadi calon BN,” katanya.
“Selama ini saya terus bekerja seperti biasa dan konsisten…sekiranya saya dipilih saya akan menggalas amanah ini dengan bekerja lebih giat untuk menarik seramai mungkin pengundi bagi memastikan kemenangan BN.
“Saya yakin majoriti pengundi masih yakin dengan BN untuk membawa negara dan rakyat ke arah yang lebih gemilang.”
Tawfiq pertama kali terpilih di Apas pada pilihan raya umum 2004.
Beliau mempertahankan kerusi itu dalam perlawanan 4 penjuru pada pilihan raya lalu dengan meraih 9,013 undi, menewaskan pencabar terdekat, Alizaman Jijurahman dari PKR, dengan majoriti 6,122 undi.
Calon lain ialah Tahir Dahu dari SAPP, yang memperoleh 149 undi, dan Chok Yot Min dari STAR, yang memperoleh 75 undi.
Pada pilihan raya 2008, Tawfiq dengan majoriti 3,608 undi menewaskan calon PKR, Henry Vun dan calon bebas, Ardi Arsah.
The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.
lagi info di : Gosip Artis Terkini