Get $25 free
loading...

BN Sarawak umum 6 teras dalam manifesto PRU14

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Openg hari ini melancarkan manifesto Barisan Nasional (BN) negeri bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Hari ini kami melancarkan manifesto BN Sarawak untuk melengkapi manifesto BN diumumkan sebelum ini oleh perdana menteri (Datuk Seri Najib Razak), dan apa yang lebih penting ialah untuk memastikan aspirasi semua rakyat di Sarawak menjadi kenyataan,” kata pengerusi BN negeri itu semasa melancarkan manifesto itu di ibu pejabat Parti Pesaka Bumpitera Bersatu (PBB) Sarawak.

Bertema “Mentransformasi Sarawak Menerusi Ekonomi Digital”, ia menggariskan 6 teras dengan yang pertama mengikrarkan bahawa kerajaan negeri akan terus melindungi hak Sarawak dan memulihara keharmonian, dan ke-2nya untuk terus menyediakan pelbagai peluang dan kemudahan pendidikan lebih baik.

Kerajaan negeri juga berjanji untuk terus berusaha meningkatkan transformasi luar bandar dan meningkatkan kualiti kehidupan rakyat, serta akan mengusahakan peluang baharu bagi kemajuan dan kemakmuran berterusan.

Teras ke-6 pula mengandungi janji kerajaan negeri untuk terus mengamalkan tadbir urus baik dan berintegriti.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...