Get $25 free
loading...

Umno: 16 bekas ahli dah lama jadi pembelot, aktivis pembangkang

Ketua Penerangan Umno, Annuar Musa berkata, tindakan 16 bekas ahli itu memudahkan Umno bertindak dan mereka kini tiada hak serta locus standi untuk mencampuri urusan Umno.

PETALING JAYA: Tan Sri Annuar Musa mendakwa 16 ahli Umno yang dipecat hari ini kerana mengheret parti itu ke mahkamah, sudah lama menjadi pembelot dan aktivis pembangkang.

Beliau berkata, tindakan 16 individu itu memudahkan Umno bertindak dan mereka kini tiada hak serta locus standi untuk mencampuri urusan Umno.

Ketua penerangan Umno itu berkata, sebagai parti besar dan berwibawa, Umno hanya menerima ahli yang jujur, setia dan komited terhadap perjuangannya.

“Kumpulan 16 individu yang membawa isu status Umno ke mahkamah sebenarnya telah diketahui bukan lagi ahli Umno pada prinsipnya. Mereka sudah lama menjadi pembelot dan aktivis pembangkang.

“Cuma sistem semakan keahlian Umno belum memutihkan senarai keahliannya kerana ia memakan masa.

“Proses ini akan membersihkan parti daripada segala gunting dalam lipatan, sekaligus menjadikan parti bertambah kuat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hari ini, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan 16 ahli itu dipecat serta-merta kerana memfailkan semakan kehakiman bagi memohon mahkamah membubarkan parti itu atas dakwaan gagal mengadakan pemilihan sejak 2013.

Beliau mendakwa tindakan 16 individu dari 5 negeri itu didalangi pihak luar yang tidak berpuas hati dengan Umno.

Dalam permohonan kebenaran semakan kehakiman yang difailkan semalam, 16 individu itu mendakwa kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) untuk Umno menangguhkan pemilihannya ke tahun depan melanggar perlembagaan parti itu.

Kumpulan itu memohon mahkamah memerintahkan JPPM menyiasat Umno atas dakwaan melanggar perlembagaan sendiri dan satu lagi perintah untuk menggantung operasi parti sementara menunggu kes itu selesai.

Mereka turut memohon mahkamah memerintahkan Umno dibubarkan mulai semalam kerana mendakwa parti itu kini “haram”.

16 ahli Umno mohon mahkamah bubar parti

Umno pecat 16 ahli heret parti ke mahkamah


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...