Get $25 free
loading...

Putrajaya lulus pajakan tanah 99 tahun kepada sekolah Chong Hwa Sentul

Sekolah itu merancang untuk membina kompleks sukan di tanah 1.2 hektar itu.

Wan Junaidi dan pemimpin tertinggi MCA menyertai pelajar Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa pada acara penyampaian surat kelulusan kepada sekolah. (Gambar Twitter)

KUALA LUMPUR: Kerajaan meluluskan permohonan Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa, Sentul, bagi sebidang tanah persekutuan 1.2 hektar bawah pajakan 99 tahun untuk tujuan membina kompleks sukan sekolah itu.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kelulusan permohonan pajakan itu juga dipersetujui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas proses semakan oleh agensi berkaitan seperti Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan).

“Ini kali ke-2 saya di sini selepas lawatan pertama pada November tahun lepas untuk menawarkan pajakan tanah persekutuan bagi tujuan tempat parkir guru.

“Dalam tempoh 6 bulan, 2 bidang tanah persekutuan dipajak demi kemajuan anak-anak kita, dan ini menunjukkan keprihatinan perdana menteri untuk institusi pendidikan dibantu sebaik mungkin,” katanya pada sidang akhbar selepas menyerahkan surat tawaran kepada sekolah itu.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan timbalan Datuk Seri Wee Ka Siong juga hadir.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...