Get $25 free
loading...

Umno: ‘Anak palsu Musa’ terbabit dakwaan nepotisme

Bendahari Umno Sabah berkata, ada orang secara licik menggugurkan 'h' daripada nama terakhir Matbali Musah untuk menjadikan anak Musa.

PETALING JAYA: Umno Sabah menafikan seorang “saudara” palsu yang namanya digunakan atas dakwaan nepotisme terhadap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan Sri Musa Aman.

Bendahari Umno Sabah, Datuk Hajiji Mohd Noor berkata seseorang secara “licik menggugurkan ‘h’ daripada nama terakhir Matbali Musah” untuk menjadikan Matbali, calon BN bagi DUN Lumadan, sebagai anak Musa.

Tetapi, katanya, mereka langsung tiada pertalian darah.

“Seseorang cuba membuatkannya kelihatan seperti saudara Musa.”

Pengguna media sosial merujuk nama 5 saudara dalam senarai calon BN untuk menyokong dakwaan mereka mengenai nepotisme.

Daripada 4 nama itu, Hajiji berkata, 3 daripada mereka sudah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 penggal, dengan 2 daripadanya hanya ada pertalian disebabkan perkahwinan.

“Sesetengah orang tidak patut terlalu cepat membuat kesimpulan tanpa memeriksa faktanya. Jika ada yang mengaitkan seseorang itu melalui perkahwinan, maka majoriti daripada kami di Sabah saling berkaitan.”

Nama ke-5 ialah anak Musa, Yamani Hafez, yang membuat penampilan sulung di kerusi Parlimen Sipitang – tetapi Hajiji berkata, Musa sudah membantah pembabitan Hafez dalam politik dan tidak berminat beliau menjadi calon.

Saudara Musa yang lain ialah :

* Datuk Seri Anifah Aman, adiknya yang merupakan menteri luar di bawah Kabinet pimpinan Datuk Seri Najib Razak. Hajiji berkata, Anifah menjadi ahli Parlimen sejak 1999, bermula di Parlimen Beaufort dan kemudian berpindah ke Parlimen Kimanis. Hajiji berkata, Datuk Seri Osu Sukam ialah pengerusi BN Sabah ketika Anifah pertama kali dicalonkan.

* Datuk Ariffin Arif, yang akan mempertahankan DUN Membakut, pertama kali dicalonkan dan menang pada 2004 serta menjadi menantu Musa selepas berkahwin dengan anak perempuan tunggalnya pada 2007;

* Datuk Ghulam Haidar Khan, yang dicalonkan semula di DUN Kawang, juga dipilih sebagai calon dan menang pada 2004 serta menjadi saudara Musa apabila anak perempuannya berkahwin dengan anak Musa, tahun lalu.

Hajiji berkata, ramai orang tidak tahu Musa membantah Hafez menyertai politik.

“Hafez dicadangkan sebagai calon oleh BN dan Pemuda Umno, sebagai pemimpin mereka yang menjalankan tanggungjawabnya dengan baik dan beliau aktif dalam pembentukan Program Transformasi Nasional 2050 (TN50).”

Exco negeri daripada Umno turut menyokong Hafez menjadi calon BN.

“Semua orang bersetuju beliau tidak patut dilucutkan haknya untuk menjadi calon hanya kerana beliau ialah anak ketua menteri.”

Klik sini untuk perkembangan sepanjang musim PRU14


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...