Get $25 free
loading...

Terma “Spare Part Replacement Coverage” Ketika Renew Road Tax

Bulan depan aku kena renew roadtax vios aku. Periksa dekat website motortakaful.com, tak mahal mana dah sebab sum covered dah berkurang. Berdasarkan market price, harga vios aku sekarang dalam lingkungan RM26,000 saja. Maka selepas menggunakan sebut harga tersebut, jumlah contribution asas untuk roadtax yang perlu aku bayar dalam anggaran RM480+.

Tapi.. kos tersebut adalah cuma contribution asas tanpa melibatkan additional coverage. Untuk makluman, additional coverage ni ada pelbagai pilihan seperti Windscreen Coverage, Extreme Weather Coverage (untuk cover banjir, tanah runtuh, riot dsb), Cash Assistance Coverage (smart key replacement atau pampasan harian sekiranya kereta masuk bengkel dsb) dan sebagainya.

Tapi dalam banyak-banyak pilihan tawaran tu.. ada satu pilihan yang membuatkan aku confuse pada awalnya, iaitu: Maintain Like New CoverageNew Spare Part Replacement, dimana mengikut pemahaman aku.. mungkinkah tanpa pilihan tawaran ini akan menyebabkan kereta yang accident tak akan ditanggung kos baik pulih kerosakan sekiranya perlu menukar alat gantian?

Disebabkan aku tak tahu apakah yang dimaksudkan dengan “New Spare Part Replacement” tersebut, maka aku mengajukan soalan kepada customer care melalui online chat. Dan melalui feedback yang aku terima, ini adalah jawapannya.

For spare part replacement coverage

It cover the difference in costs when in the course of repairing an accident-damaged vehicle (depending on the age of the car), an old part is replaced with the new franchise/original part.

Usually if you had an accident , and replaced damaged part with brand new, original part.

You may be charged for the betterment cost. It will be according to the standard scale of betterment adopted by the industry.

For Car below 5 year – 0%
* 5 years – 15%
* 6 years – 20%
* 7 years – 25%
* 8 years – 30%
* 9 years – 35%
* 10 years and above – 40%

But if you add New Spare Part coverage , you free from the betterment charge.
It only can be claim due to accident.

Maksudnya disini, kos penukaran alat ganti akibat kemalangan adalah bergantung kepada usia kenderaan.

Sekiranya kereta korang kereta baru dan dibawah 5 tahun, kos baik pulih untuk menukar alat gantian baru adalah percuma.

Tapi, malangnya selepas kereta berusia 5 tahun ke atas.. korang kena terpaksa rela sebab akan ada portion (RM) yang perlu dibayar bagi setiap alat gantian baru digunakan.

Sebagai contoh, sekiranya kereta aku yang dah berusia hampir 9 tahun accident dan memerlukan alat gantian baru, maka aku perlu keluarkan duit poket sebanyak 35% untuk menampung kos alat ganti yang ditukar.

Haa gitewww.. so korang sekarang dah faham tak. Nak bagi faham, korang kalau kereta baru.. bagi pendapat aku, pilihan ini adalah tak diperlukan pun. Melainkan kereta korang kereta lama.. disarankan ambil sebab takut accident, kena keluar banyak duit sendiri. Macam kereta aku la.. 35% derrrr. Bukan sikit tu.

Option lain kalau tak nak keluar duit.. drive kereta elok-elok supaya tak accident. Hohoho.

Nota: motortakaful.com tu under Etiqa Takaful. Kalau takaful lain, mungkin term dia berlainan.


Previous
Next Post »
loading...