Mungkin ramai yang sedia maklum dengan isu penceraian penyanyi Adira dengan suaminaya Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red sebelum ini.
BACA : “Saya Beranak Bukan Untuk Beri Pada Orang” – Adira Suhaimi
Bagaimanapun, menerusi Instastory akaun Instagram miliknya, Datuk Red memuat naik satu screenshot perbualan WhatsApp antara Adira bersama rakannya yang dikenali sebagai Fira.
“Selepas prosiding mahkamah tempoh hari, kami saling bermuhasabah. Selepas berbincang, rasanya ini adalah keputusan terbaik, tambahan pula anak kami masih kecil.
“Kami tidak mahu anak membesar tanpa mengenali bapa mereka,” – Datuk Red
Dalam perbualan itu, Adira dikatakan memberitahu Fira, dia berhasrat menarik balik permohonan perceraian demi tiga anaknya.
Ketika dihubungi oleh Berita Harian, Adnan yang ada bersama Adira petang semalam mengakui screenshot itu dihantar sendiri oleh isterinya.
“Saya tidak berani mengesahkan perkara itu, tetapi apa yang boleh saya katakan, Adira sendiri yang menghantar tangkap layar perbualan dengan peguamnya itu,” – Datuk Red.
Malah, menurut Datuk Red, selepas prosiding mahkamah, hubungan mereka masih baik dan masih tinggal sebumbung.