Isu panas membabitkan gambar mesra pelakon Intan Najuwa dan pelakon Zul Ariffin dalam keadaan basah di laut masih menjadi persoalan apabila hingga sekarang tiada respon daripada kedua-dua seleberiti itu.
BACA : “Sesiapa Pun Boleh Kata Apa Saja…” – Tunang Intan Najuwa Komen Gambar Mesra Dalam Air
Bagaimanapun, jika dilihat pada akaun Instagram Intan, dia telah memadamkan beberapa keping gambar bersama tunangnya, Razrul Anwar Rusli.
Agak pelik apabila gambar bersama tunang dipadam dan hanya sebuah posting bersama Razrul yang ditinggalkan dengan kapsyen memberitahu aktres itu menyayangi dirinya.
“Please be good when I’m not around. I hate being far from you. But I understand, we are working hard to achieve our life goals. Love you always!” – tulis Intan Najuwa pada kapsyen gambar terbabit.
Malah, jika dilihat pada bahagian following akaun Instagram Najuwa dan tunangnya, mereka berdua tidak lagi mengikuti akaun Instagram masing-masing.
Hingga sekarang, Intan Najuwa masih belum mengulas mengenai kontroversi gambar mesra mandi laut bersama Zul Ariffin itu.
Tunang Intan Najuwa Komen Gambar Dirinya Masih di IG Intan Najuwa
Memetik Harian Metro pula, tunang Intan Najuwa, Razrul Anwar Rusli mendedahkan gambar dirinya dengan Intan masih ada lagi di Instagram pelakon terbabit.
“Ada lagi gambar saya. Ya, hubungan kami masih seperti biasa. Terima kasih kerana ambil berat dan doakan kami,” – jelas Razrul kepada Harian Metro.
Bagaimanapun, Razrul enggan memberi komen mengenai gambar mesra Intan bersama pelakon Zul Ariffin, bimbang keadaan menjadi lebih buruk.