Get $25 free
loading...

Berkhatan Sakit Ke?

Soalan biasa.. Sunat (berkhatan) sakit ke? Personally bagi aku berkhatan ni tak sakit pun. Sebab berdasarkan definisi berkhatan itu sendiri, berkhatan maksudnya memotong lebihan kulit di bahagian alat sulit.

Tapi potong lebihan kulit tu tak sakit ke? Sebenarnya tak. Masa potong, tak sakit. Sebab bila potong tu dilakukan, maknanya burung kau dah kena inject ubat bius. Memang tak akan terasa langsung sakitnya.

Cuma yang menjadikan orang kata sakit, bilamana burung korang kena cucuk ubat bius. Well.. yes, itu memang sakit. Tapi biasa la, cucuk BCG kat lengan pun ada rasa sakit, ini kan pulak nak cucuk kat burung kau. Burung kau lagi sensitif daripada lengan, of course la sakit.

For info kalau korang tak tahu part mana doktor bius burung masa nak berkhatan, berdasarkan pengalaman.. ada 3 tempat; 2 injection ubat bius kat area pubical hair tu tapi dekat dengan batang, dan satu lagi injection betul-betul kat bawah pangkal batang. Dalam ketiga-tiga tempat ni, cucuk dekat pangkal batang tu la paling sakit.

Ikut pengalaman aku berkhatan masa lepas UPSR dulu, time cucuk kat pangkal batang tu.. sampai terangkat badan aku atas katil. Tapi aku tak nangis, sebab ada nurse cun pegang tangan aku kat sebelah. Hahaha.

Masa potong kulit, tak sakit langsung. Cuma masa tengah potong.. tiba-tiba rasa maca ada benda terpotong, lepas tu rasa ada air mengalir kat paha (iaitu darah). Tu je la.

Compare dengan teknik aku berkhatan dulu-dulu, zaman aku sunat ni kena jahit. Banyak jugak lah jahitnya.

Tapi bila teknologi dah makin maju ni, macam kes Haziq berkhatan hari tu.. doktor yang khatankan dia, khatan guna teknik plastibel.

Dulu waktu Haziq berkhatan, umur 5 bulan.

Dan melalui pemerhatian, berkhatan cara moden ni nampak lebih tak menyakitkan. Sebab in the end.. ada benda plastik yang akan cover kepala burung daripada bergesel dengan kain. Kalau zaman aku dulu, tak ada cover tu.. so bila kepala burung terkena kain, ngilu oooo.

Haa.. jadi kepada korang sebagai ibu bapa kot-kot tergerak hati nak hantar anak bersunat tu kan.. sila ingat elok-elok ye, bagitahu anak.. bersunat (berkhatan) tu tak sakit. Aku cakap betul ni.. Berkhatan tak sakit, tapi yang sakit cuma cucuk bius tu je. Macam mana nak bagi anak korang faham? Pandai-pandai la korang explain pada anak-anak ye. Hee.


SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Previous
Next Post »
loading...