Get $25 free
loading...

"Tak Sangka 'Boardgame' Ni 'Real'," Baca Ni Sebelum Pergi Tengok Jumanji: The Next Level

Korang dah tengok belum trailer Jumanji: The Next Level?  Kalau belum tengok ni dulu baru kita cerita lebih-lebih.



Dah tengok?

Okay, kalau korang tengok trailer tu, korang boleh tengok yang muka-muka baru dalam Jumanji: The Next Level ni.  Trailer ni kira sekuel la daripada filem sebelum ini, iaitu Jumanji: Welcome To The Jungle.

Siapa yang tengok filem sebelum ni, empat orang sahabat (The Rock and the gang) termasuk dalam permainan Jumanji tu dah berubah menjadi orang dewasa. Macam biasalah kalau dah masuk Jumanji ni kenalah cari jalan keluar ke dunia realiti dan dorang perlu selesaikan misteri sepanjang perjalanan yang penuh mencabar tu.


via GIPHY

Untuk korang yang dah pernah tengok Jumanji: Welcome To The Jungle, next sekuel yang bakal ditayangkan Disember ni adalah FILEM WAJIB TONTON di cinema sebab story line dia kali ni lagi gempak.

Tapi, tapi, tapi... Korang sebenarnya tahu tak kisah disebalik cerita Jumanji ni?

Kitaorang nak share fakta menarik ataupun sedikit trivia berkaitan filem ni daripada yang first sampai lah yang nombor tiga ni. Jom check-it out jap.



1. Perkataan Jumanji berasal daripada sebuah buku fantasi.

2. Pelakon Robin Williams yang membintangi Jumanji pertama, hasil arahan Joe Johnston, memberitahu bahawa asal usul Jumanji daripada Zulu yang merupakan etnik di Afrika Selatan, membawa maksud 'banyak kesan.'

3. Filem asal Jumanji adalah berdasarkan kisah sebenar - Boardgame yang dicipta oleh seorang 'doktor sihir' di Afrika.

4. Babak pengambaran di pergunungan, ladang dan lembah Hawaii merupakan lokasi sama di mana filem Jurassic Park dijalankan.

5. The Rock menyambut ulang tahun kelahirannya di set pengambaran filem Jumanji: The Next Level.

6. Filem kerjasama pertama sejak "Im Still Here" pada tahun 2010 iaitu 9 tahun tahun lalu buat Danny Devito dan Danny Glovers. Lamanya tak jumpa!

7. Jack Black dan Nick Jonas tulis lagu tema filem Jumanji tapi tidak digunakan sebab direktor dan produser tak nak lagu tu dalam movie.

8. Jumanji: Welcome To The Jungle menewaskan kutipan Spider-Man dengan kutipan tertinggi dunia buat Sony Pictures dengan jumlah keseluruhan sebanyak $962.1 juta.

Tak sangka pula boardgame Jumanji ni real. Ada ke yang berani main kalau dapat try depan-depan? Silap haribulan betul-betul kena telan dan tak dapat kembali ke dunia sebenar.

So, filem kali ini, Jumanji: The Next Level menyaksikan Dwayne Johnson, Karen Gillan, Kevin Hart dan Jack Black dihantar semula ke permainan oleh Spencer (Alex Wolff) tetapi dengan watak-watak yang berbeza daripada permainan sebelumnya. Jumanji: Welcome To The Jungle juga memperlihatkan bintang-bintang lain seperti Danny DeVito, Danny Glover, Nick Jonas, Colin Hanks, Awkwafina, Rhys Darby, Massi Furlan dan Dania Ramirez.



5 Disember ini, geng budak-budak nakal ni kembali tapi dengan penceritaan berbeza apabila dalam diam Spencer dah simpan serpihan permainan video Jumanji tu. Satu hari, kawan-kawan dia semua perasan Spencer hilang dan dalam masa yang sama permainan tu sedang berjalan. Tanpa fikir banyak, semua mereka buat keputusan kembali dalam permainan tersebut.

Selepas kejayaan besar Jumanji: Welcome To The Jungle, tak hairanlah treler kali ni nampak lebih gempak dan confirm lebih menghiburkan dengan perangai masing-masing yang 'masuk air' tu.


via GIPHY

Jangan cakap korang, kitaorang dan warga Twitter pun dah tak sabar nak tengok sekuel baru ni.



Buat korang yang dah tak sabar tu bolehlah plan dengan kawan-kawan semua 5 Disember ni beli tiket tengok wayang berjemaah sambil bergelak ketawa tengok Jumanji: The Next Level.

Kalau korang enjoy tengok Jumanji pertama dan kedua, pastinya yang nombor tiga ni lagi enjoy. Tengok treler je dah berdekah ketawa sampai keluar air mata, kalau tengok full movie lagi lah. Ye tak?

Save the date, 5 Disember ini ramai-ramai serbu panggung tengok Jumanji: The Next Level.


lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...