Get $25 free
loading...

“Pelakon Berusia Di Malaysia Ada Tarikh Luput” – Nor Albaniah

Pelakon Nor Albaniah meluahkan rasa kecewa dengan nasib pelakon berusia sepertinya di negara ini mempunyai tarikh luput.

Menurut pelakon berusia 50 tahun itu, tarikh luput dimaksudkan apabila mendapati segelintir pelakon yang melewati usia 30-an, sudah mula dipinggirkan dengan watak selain diberi peranan sebagai ibu bapa.

“Sebenarnya, saya faham permintaan peminat dan penonton masa kini semestinya tertumpu pada kelompok pelakon muda yang memiliki ramai pengikut di media sosial.

“Namun, janganlah terus melupakan atau meminggirkan bakat pelakon dewasa yang berusia dengan meletakkan had umur tertentu.

“Boleh jika nak meletakkan had umur itu, tetapi tidak perlu tergesa-gesa kerana dalam lakonan pengalaman pelakon juga penting,” – jelas Nor Albaniah kepada Harian Metro.

Nor Albaniah juga berharap semoga pelakon lama yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam industri terus dihargai.

“Saya harap sangat sama ada peminat, penerbit mahu pun pihak stesen televisyen, hargailah orang lama yang memiliki pengalaman lebih 20 tahun ini.

“Sebabnya, yakinlah bahawa kelompok seperti kami masih mampu menaikkan industri kerana kualiti dan bukan mengejar popular,” – Nor Albaniah.

Dia juga menegaskan pelakon berusia sepertinya di luar negara masih layak melakonkan watak utama, namun berbeza dengan di Malaysia kerana pelakon berusia 40-an hanya melakonkan watak mak dan ayah sahaja.

“Namun, di negara ini kebanyakan pelakon berusia 40-an memang kena sedia untuk melakonkan watak mak dan ayah sahaja.

“Paling tidak pun dipinggirkan. Keadaan ini memang berlaku dan saya tengok apa yang berlaku kepada beberapa rakan seusia.

“Bila ditanya, kenapa tak berlakon dah beberapa bulan? Jawapan selalu diberi mereka, tak ada tawaran untuk watak mak,”  – Nor Albaniah.

Dalam pada itu, dia mendakwa situasi sebegitu didapati berlaku apabila terdapat segelintir penulis skrip yang lebih gemar menulis watak untuk orang muda dan kurang memberi perhatian untuk watak yang akan dilakonkan golongan pelakon sudah berusia 40 ke 50 tahun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...