Get $25 free
loading...

"Tak Masuk Akal Cukai Baru Ni Bayaran Melambung Mahal, Kacau Bajet Nak Beli Rumah"

"Tak masuk akal cukai baru ni bayaran melambung naik, kacau bajet nak beli rumah"

Mesti ramai diantara kita yang sedia maklum bahawa Sistem Cukai Tanah sudah pun digantikan dengan Sistem Cukai Petak yang telah diperkenalkan Kerajaan Negeri Selangor sejak 1 Jun 2018 lalu.

Rata-rata pembeli rumah ada yang meluahkan rasa ketidak puasan hati sebab katanya bayaran yang dikenakan terlalu mahal daripada sistem cukai sebelum ini.
Sebelum tu, korang tahu tak apa itu Cukai Petak?

Cukai Petak adalah cukai yang dikenakan ke atas hakmilik strata bagi menggantikan Cukai Tanah.

Tapi, bakal-bakal pembeli rumah atau pun tuan rumah sedia ada perlu tahu bahawa sistem baru ini diperkenalkan bagi menyenangkan lagi proses jual dan tukar nama rumah.

Betul ke?

Ya, betul. Kalau dulu susah untuk pihak pejabat tanah nak meluluskan sebarang urusan jual rumah dan tukar nama jika jiran lain tidak membayar cukai tanah.

Namun, dengan Cukai Petak, korang dah tak payah hirau orang lain, sebab urusan akan tetap diuruskan dengan lebih mudah.

Ini Antara Kebaikan Cukai Petak Yang Ramai Tak Tahu:

  • Memudahkan urusan urusniaga dan pusaka dilaksanakan.

  • Cukai petak dikenakan secara adil mengikut syarat petak iaitu kediaman, perniagaan dan perusahaan.

  • Memudahkan pemilik petak membuat bayaran cukai secara terus tanpa melalui perbadanan pengurusan.

  • Membantu Perbadanan Pengurusan (MC) Dalam Penetapan Caj Penyelenggaran Yang Lebih Tepat Dan Teratur. 

Macam mana jumlah bayaran Cukai Petak dikenakan?


Terdapat 2 faktor utama yang menentukan jumlah bayaran cukai petak iaitu, jumlah keluasan petak (termasuk petak aksesori) hakmilik strata (di dalam ukuran meter persegi) dan kategori kegunaan hakmilik strata sama ada kategori kediaman, perdagangan, perniagaan, atau perindustrian.

Apa Akan Jadi Jika Korang Tak Bayar Cukai Petak?


Pemilik harta tanah strata yang tidak membayar cukai petak akan terdedah kepada risiko perampasan harta tanah strata oleh pihak berkuasa.


Penting sangat untuk tahu pasal benda ni. Bayangkanlah, dah lama korang bayar ansuran rumah tu, tiba-tiba rumah kena rampas oleh Kerajaan Negeri sebab tak bayar cukai.

Macam mana nak jelaskan cukai ni?

Bayaran cukai korang tu boleh dibuat di:

  • Pejabat tanah Daerah, Pejabat Tanah dan Galian Selangor.
  • Kaunter Majlis Bandaraja, Majlis perbandaran dan Majlis Daerah.
  • Melalui cawangan POS Malaysia seluruh negara dan POS Online.
  • Boleh bayar secara ‘online’.
Layari: https://ehasil.selangor.gov.my

Haa, bayaran cukai korang tu perlulah dijelaskan sebelum 31 Mei setiap tahun ya. Untuk maklumat lanjut korang boleh lawati laman web Pejabat Tanah dan Galian Selangor, klik je link ni okay.


lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...