Memang jarang kita melihat penyanyi Datin Alyah memuat naik gambarnya bersama suami tercinta, pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS di media sosial.
BACA : Alyah Bengang Dituduh Biadap Pulang Sebelum Konsert GV 6 Berakhir, Ini Jawapan Dia…
Memang tidak dapat dinafikan, daripada segi ayat yang ditulis oleh Alyah pada posting tersebut, jelas menunjukkan penyanyi itu mahu bergurau dengan peminat dan followers Instagram miliknya.
“Kenal tak mamat blakang tu?? Memang jarang nampakla dia dgn saya…
Kita orng selalu calling calling je. Jumpa pon senyap senyap shhhhhhhhhh jgn bilang syiapa syiapa…Tahun ni sempena birthday dia saya nak buat pengakuan.
Sebenarnya ni laaa skandal saya slama ni…Memang dia tak pernah letak pic saya dlm ig dia dah nama pon skandal…hehehe
Tapi dlm fon dia byk tau pic saya sampai muntah dia tengok…” – tulis Alyah berseloroh.
Niat untuk berkongsi foto bersama suami yang merupakan juri tetap Gegar Vaganza 2019 di Instagram, Alyah menerima soalan yang agak pelik daripada seorang followers di media sosial itu.
Dalam pada peminat lain meninggalkan komen yang terhibur dengan perkongsian Alyah itu, tiba-tiba sahaja perhatian netizen beralih arah kepada satu komen yang berbentuk soalan agak kurang ajar.
“Jap2 mebi (maybe) saya ketinggalan pasal artis, tapi last news u guys divorce kan? ” – tulis pengguna akaun IG @xuvtyyyyu
Rata-rata netizen lain mengecam komen individu terbabit dan mendakwa ianya adalah satu tuduhan yang sangat besar.
Ada juga yang mahukan Alyah mengambil tindakan saman terhadap pengguna akaun Instagram terbabit.