Get $25 free
loading...

“Dia Satu Dalam Sejuta” – Janna Nick Akui Dilamun Cinta Dengan Pelakon Baru

Pelakon Janna Nick akhirnya mengakui sedang hangat bercinta dengan pelakon baru berdarah kacukan, Dini Azan Schatzmann sejak Jun lalu.

BACA : “Tak Ada Rupa Islam Dah, Mohon Berubah” – Janna Nick Upload Gambar Nampak Bentuk Punggung Dikecam Netizen

“Sebelum ini saya pernah beritahu hubungan dengan Dini hanya sekadar kawan biasa, tapi sejak Jun lalu kami mula serius.

“Bagaimanapun saya tidak mahu bercerita lebih mengenai hubungan cinta kami kerana enggan kisah cinta lebih menjadi topik utama berbanding hal kerjaya seni.

“Apapun doakan semoga hubungan yang baru terbina ini berjalan baik dan saya berharap pengumuman ini dapat memberi pencerahan kepada pihak yang sering berteka-teki mengenai hubungan saya dengan Dini sebelum ini,” – jelas Janna Nick kepada Harian Metro.

Menurut Janna, antara sebab dia jatuh hati dengan Dini kerana keperibadiannya yang baik hati serta selalu memberi kebahagiaan kepadanya.

“Dia satu dalam sejuta. Saya sukar untuk berjumpa lelaki seperti dia. Kami saling memahami antara satu sama lain.” – Janna Nick

Janna juga menjelaskan dia tidak pernah rasa bahagia seperti itu dan sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan lelaki yang baik hati seperti Dini.

“Tak Ada Rupa Islam Dah, Mohon Berubah” – Janna Nick Upload Gambar Nampak Bentuk Punggung Dikecam Netizen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...