Get $25 free
loading...

Sparring Set Taekwondo Untuk Khair

Kalau hantar anak masuk Taekwondo, usahakan lah supaya mereka belajar sparring juga ye. Sebabnya.. personally bagi aku no point belajar taekwondo jika sekadar belajar poomsae (pelbagai pattern teuguk). Kerana teuguk itu adalah surface sahaja dalam ilmu seni mempertahan diri Taekwondo ni. Ibarat kau belajar benda teknikal, tapi sekadar tahu teori tanpa praktikal. Haa.. Itulah pegangan aku sejak dari awal lagi apabila hantar Khair mempelajari ilmu seni mempertahankan diri, Taekwondo.

Actually sparring ni ataupun dipanggil kyorugi, adalah cara yang terbaik untuk kanak-kanak mendapatkan keyakinan (sebab kena berlawan), sekaligus membiasakan diri mereka untuk menggunakan kemahiran Taekwondo yang dipelajari dalam persekitaran “dunia sebenar”.

Yelah, bila dalam training pun awal-awal dah diajar untuk berlawan dan juga pertahankan diri, jadi dalam dunia sebenar mereka sudah bersedia dengan ancaman yang mungkin terjadi bila-bila masa sahaja.

Cumanya.. untuk belajar sparring ni, setiap pelajar perlu mempunyai taekwondo sparring set. Dan benda ini pun bukanlah pembaziran.. sebaliknya ia digunakan sebagai protection kepada tubuh badan, dimana ia mengelakkan pelajar daripada tercedera akibat ditumbuk atau disepak ketika latihan diadakan.

Well.. macam Khair sendiri, kalau ikutkan memang tak pernah ada taekwondo sparring set pun. Tapi setelah 2 minggu penantian.. akhirnya sampai jugak taekwondo sparring set yang dibeli.

Amacam, ngam?

Beli secara online je melalui shopee tempoh hari sebab harganya jauh lebih murah daripada harga jual di kedai. Yang menariknya, kalau beli kat luar.. aku kena bayar dalam harga RM180 hanya untuk dapatkan Shin guard, Arm guard dan Groin guard.

Tapi melalui online, aku boleh dapat complete set terus.. termasuk head guard, body guard dan juga mouth guard.

  • Shin guard – untuk perlindungan betis / kaki
  • Arm guard – untuk perlindungan lengan / tangan
  • Groin guard – untuk perlindungan alat sulit / kawasan pangkal paha
  • Head guard – helmet, untuk perlindungan kepala
  • Body guard – untuk perlindungan badan
  • Mouth guard – untuk perlindungan mulut, elakkan gigi daripada patah

Ya, aku sedia maklum.. kedai jual mahal pun sebab nak untung. Dan lagi kelebihan beli di kedai ini membolehkan korang dapat barang yang diingin secara on the spot.

Tapi bagi aku yang tak berapa nak urgent untuk dapatkan taekwondo sparring set ni untuk Khair, maka pembelian secara online adalah pilihan yang lebih baik. Alah.. setakat tunggu 2 minggu untuk barang tu sampai dari China.. apadahal. Janji jimat duit poket. Hohoho.

p.s: Latihan sparring ni boleh improve stamina, dan tak kurang juga dapatkan tajamkan lagi fokus dan tindakan refleks seseorang. Contoh, taknak kena sepakan.. kena alert dan elak cepat-cepat. Heee.


SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Previous
Next Post »
loading...