Fuh.. Baru-baru ni sempat menyaksikan McDonald’s membuat sumbangan sebanyak RM637,200 sempena Program Komuniti McDonald’s Malaysia Peringkat Negeri Sembilan di Kuala Pilah. Untuk pengetahuan korang, Program Komuniti McDonald’s ni berlangsung sepanjang bulan Oktober hingga Disember untuk bantu golongan masyarakat yang memerlukan di seluruh negara.
Di bawah Program Komuniti ni, ada beberapa inisiatif kemasyarakatan yang dilaksanakan termasuklah:
Agihan Zakat Perniagaan McDonald’s kepada Negeri Sembilan
McDonald’s Malaysia merupakan sebuah entiti perniagaan 100% milik umat Islam sejak diambil alih sepenuhnya oleh syarikat Lionhorn Pte Ltd dari Arab Saudi pada penghujung tahun 2016. Oleh itu, McDonald’s komited menjalankan kewajipan Zakat sejak tahun 2017 sehingga sekarang.
So, baru-baru ini untuk Negeri Sembilan bagi tahun 2019, McDonald’s telah membayar Zakat perniagaan sebanyak RM101,000. Semoga wang Zakat ini bakal membantu banyak pihak khususnya golongan Asnaf yang memerlukan.
Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s Malaysia
McDonald’s juga membantu golongan belia dari keluarga kurang berkemampuan di Negeri Sembilan melalui program latihannya iaitu Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s Malaysia. Ianya merupakan program latihan selama 18 bulan yang berteraskan industri dengan menggabungkan latihan praktikal di restoran McDonald’s (70%) dan kelas teori di pusat latihan (30%). Pendek kata latihan ini merangkumi aspek TVET yang ada disebut dalam Belanjawan 2020 baru-baru ini.
Kalau korang nak tahu, program ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (DSD) di Kementerian Sumber Manusia. Apa yang menariknya, sepanjang mengikuti SLDN McDonald’s ni, setiap pelatih akan diberi elaun sara hidup bulanan sebanyak RM1,200, faedah perubatan dan insurans, serta makanan percuma.
Apa yang penting, sebaik sahaja mereka yang mengambil program ini lulus penilaian dan ujian akhir, mereka layak untuk bekerja di restoran McDonald’s. Dahlah belajar pon ditanggung, lepastu terus boleh kerja – berbaloi sungguh program ni.
Program “Kembali ke Sekolah”
Selain itu, McDonald’s juga bantu golongan kanak-kanak dari dari latar belakang keluarga yang kurang berkemampuan. Penyerahan pek “Kembali ke Sekolah” adalah inisiatif tahunan yang diterajui oleh McDonald’s Malaysia dan badan kebajikan pilihannya, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. Pek “Kembali ke Sekolah” yang terdiri daripada satu set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut, sepasang stoking dan beg sekolah bernilai RM100.
Pada tahun ini, di Negeri Sembilan sahaja, kira-kira 1,700 orang kanak-kanak daripada 53 sekolah menerima pek “Kembali ke Sekolah”. Manakala untuk jumlah keseluruhan sumbangan dalam Malaysia pula, mencecah RM3 juta bagi membolehkan 30,000 kanak-kanak sekolah rendah menerima pek “Kembali ke Sekolah” secara berperingkat di negeri-negeri lain menjelang tahun persekolahan 2020.
Sebagai perbandingan, peningkatan sumbangan ini dapat dilihat agak memberangsangkan kerana jumlah sumbangan pada tahun 2019 adalah 2 kali ganda berbanding tahun lalu. Dan untuk makluman, pada tahun 2018 sebanyak RM1.7 juta berjaya disumbangkan kepada 17,000 orang kanak-kanak sekolah rendah. Pada tahun 2017 pula, 6,000 murid menerima pek ini dengan nilai tajaan RM1.2 juta.
Wah.. banyak rupanya aktiviti kemasyarakatan yang McDonald’s buat kan. Suatu insiatif yang sangat bagus. At least dapatlah membantu meringankan beban kewangan keluarga kanak-kanak yang terlibat disamping dapat memberi motivasi kepada mereka untuk memulakan tahun persekolahan baharu dengan gembira.
Untuk makluman, RMHC merupakan badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia yang bermatlamat membantu mereka yang kurang bernasib baik di Malaysia. Jika korang berminat untuk menyumbangkan wang tunai ataupun menjadi sukarelawan RMHC Malaysia, boleh hubungi ibu pejabat RMHC Malaysia di talian 03-7843 3388 atau boleh juga layari https://ift.tt/2NayjV7.
Kalau korang singgah McDonald’s, jangan lupa menyumbang kepada RMHC ya! Dapatlah kita bersama-sama memberi impak positif kepada golongan yang memerlukan.
Yeay! Kuala Pilah dah ada McDonald’s Pandu-Lalu!!
So.. korang tahu tak di Negeri Sembilan ada 13 buah restoran McDonald’s? Dan restoran McDonald’s Pandu-Lalu Kuala Pilah merupakan restoran McDonald’s pertama di daerah Kuala Pilah.
Beberapa tahun dulu Kuala Pilah ni antara daerah yang aku kerap singgah bila setiap kali nak balik ke Kuantan atau Terengganu. Almaklumlah bandar Kuala Pilah ni terletak di dalam laluan alternatif kalau nak ke Pantai Timur. Malahan, beberapa tahun lepas adik aku sendiri pun pernah belajar di Kolej Matrikulasi Kuala Pilah. So sedikit sebanyak tahu la selok belok jalan kat Kuala Pilah ni.
Well, setelah sekian lamanya tak menjejakkan kaki ke Kuala Pilah, baru-baru ini aku berkesempatan untuk singgah sekali lagi ke sini atas urusan kerja. Yang menariknya selepas beberapa tahun tak datang ke Kuala Pilah, rupa-rupanya dah ada banyak perubahan yang berlaku.
Antara tarikan terbaru yang menarik bagi aku, adalah kewujudan restoran McDonald’s Pandu-Lalu yang besar berdekatan dengan Hospital Kuala Pilah. Untuk makluman korang, restoran McDonald’s Pandu-Lalu ini baru saja dirasmikan oleh Dato’ Seri Aminuddin, Menteri Besar Negeri Sembilan beberapa hari yang lalu.
Restoran McDonald’s Pandu-Lalu Kuala Pilah ini juga dilengkapi dengan rekabentuk moden dan pelbagai ciri-ciri inovatif.
Secara amnya, restoran McDonald’s Pandu-Lalu di Kuala Pilah ini merupakan sebahagian daripada usaha McDonald’s Malaysia untuk meluaskan perniagaan mereka di pasaran tempatan, yang mana buat masa sekarang terdapat lebih 290 restoran telah beroperasi dengan jayanya.
By the way semasa perasmian tempoh hari, aku ada terdengar info yang dikongsikan sendiri oleh Pengarah Urusan McDonald’s, Azmir Jaafar, yang mengatakan bahawa McDonald’s Malaysia merancang untuk meluaskan lagi perniagaan mereka dengan pembukaan 450 restoran di seluruh negara menjelang tahun 2025.
Wow.. bagi aku, 450 buah restoran itu adalah satu bilangan yang besar. Pendek kata, itu adalah berita gembira buat aku yang merupakan peminat tegar McDonald’s. Kerana selepas ini lebih mudah untuk aku beli Spicy Chicken McDeluxe dimana-mana sahaja. Hehehe.
ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM