Get $25 free
loading...

Sunway Resort Hotel Buat Pesta Makan, Steak Wagyu, Angus, Ayam Belanda, Seafood & Banyak Lagi Serendah RM40 Disember Ini


Tajuk 2: Special Untuk Kaki Makan & Penggemar Daging, Ini Lokasi Makan Serendah RM40 Yang Tak Boleh Korang Terlepas

Tajuk 3: 



Menjelang sambutan Krismas dan Tahun Baru tidak lama lagi, The Sunway Resort Hotel & Spa’s kali ini kembali menawarkan kemeriahan musim perayaan dengan buffet bertemakan The Greatest Show.

Bermula dari 29 November sehinggalah 1 Januari 2020, pelbagai santapan mewah pada harga berpatutan ditawarkan untuk para pengunjung. Lebih mengujakan, setiap pengunjung bakal merasai pengalaman yang tidak boleh dilupakan apabila hotel di Sunway City akan digubah sepenuhnya dengan tema Krismas, seolah-olah pengunjung berada dalam mood percutian.


Selain buffet yang menjadi tarikan utama, para pengunjung juga akan dihiburkan dengan pelbagai persembahan memukau seperti persembahan cahaya di sepanjang jalan Persiaran Lagoon dan diikuti dengan iluminasi salji dipintu masuk utama hotel.

PRE-FESTIVE FEASTING AT THE RESORT CAFE

Festive Buffet Lunch & Dinner | 13 – 23 Disember

Sebagai pembukaan kepada pesta makan sempena Krismas, The Resort Cafe memulakan sambutan meriah dengan buffet bertemakan ‘Let The Feasting Begin’.

Buffet makan tengah hari bermula dari 12.30pm sehingga 2.30 setiap hari (kecuali hari Ahad) ditawarkan pada harga RM 68/DEWASA dan RM40/KANAK-KANAK. Manakala Buffet makan malam pula bermula dari 6.30pm sehingga 10.30pm dan para pelanggan hanya dikenakan caj sebanyak RM125/DEWASA dan RM95/KANAK-KANAK. Kanak-kanak dikira umur diantara 6 hingga 12 tahun.


Untuk tempoh 10 hari ni, para pengunjung boleh menikmati pelbagai makanan dan masakan yang sedap antaranya Roasted Turkey with Stuffing dan juga Angus Beef Striplon. Selain itu, pelbagai menu-menu dari dalam dan juga luar negara juga ditawarkan termasuklah pelbagai manisan yang sedap-sedap belaka.

CHRISTMAS EVE & DAY AT THE RESORT CAFE

Christmas Eve Buffet Dinner | 24 Disember

Pada malam menjelang perayaan Krismas pada 25 Disember pula, The Resort Cafe akan menyediakan makan malam istimewa pada harga RM168/DEWASA dan RM 108/KANAK-KANAK.


Christmas Eve Buffet Dinner bermula pada pukul 6.30pm sehingga 10.30pm sebagai perayaan awal menjelang Krismas.

Christmas Day Buffet Lunch & Dinner | 25 Disember

Pada hari sambutan Krismas pula, para pengunjung yang hadir akan dijamu dengan Buffet Lunch bermula pukul 12.30pm sehingga 2.30pm dengan harga bermula RM98/DEWASA dan RM68/KANAK-KANAK.

Menjelang malam, Christmas Dinner Buffet ditawarkan pada harga RM128/DEWASA dan RM88/KANAK-KANAK bermula 6.30pm sehingga 10.30pm.


Menariknya, anda boleh mendapatkan diskaun Early Bird Specials sebanyak 20 peratus sekiranya anda membuat tempahan sebelum 15 Disember.

Pastinya anda tidak mahu melepaskan peluang ini kerana variasi juadah yang ditawarkan sangat-sangat menarik dan enak. Antaranya dibawakan untuk tempoh dua hari ini adalah Seafood Tower denganj pilihan makanan laut yang ditawarkan termasuklah Live Irish Oyster, Scallop, Abalone Clam, Bamboo Clam, White Tuna Sashimi, Yabby, Seared Tuna, Tiger Prawn, Squid, Flower Crab, Baby Octopus, White Clam dan juga Seared Tuna. 



Anda juga akan dihidangkan dengan pelbagai pilihan sos super sedap untuk dinikmati bersama-sama Tower Seafood.



Selain itu, bagi penggemar daging, pelbagai seleksi juadah berasakan daging turut ditawarkan antaranya Slow-roasted Wagyu Beef Striploin, Oven Roasted Wagyu Beef Karubi and the Braised and Glazed Wagyu Ribs, Roasted Brined Turkey with Dried Fruit Stuffinf, Grilled Lamb Shoulder with Pommery Mustard jus, Slow-cooked Duck Breast with Truffle  Jus dan juga Whole Lamb on Briyani Rice.






Turut tidak terlupa buat anda penggemar manisan seperti coklat kerana ia turut disediakan antaranya adalah Raspberry Eclairs, Mango Compote Panna Cotta, Tiramisu, Breading Pudding with Pumpkin, Chocolate and Red Velvet Yule Log Cake dan Mine Minced Meat Pies.








12 DRINKS OF CHRISTMAS AT THE LOBBY LOUNGE

Diinspirasikan oleh ’12 Drinks of Christmas’, The Resort Cafe membawakan kembali sensasi pelbagai pilihan minuman.

Bertempat di Lobby Lounge, pengunjung bebas untuk memilih sama ada 6 cocktails ataupun 6 mocktails yang ditawarkan pada harga RM35/COCKTAIL dan RM22/MOCKTAIL bermula Disember 2019 sehingga 1 Januari 2020.


Yang menariknya, semua minuman diatas merupakan resipi juara hasil pertandingan dalaman yang dianjurkan oleh The Resort Cafe sendiri.

FANTASY FROM THE PACIFIC

Buffet Dinner By The Pool Side | 22 & 23 Disember

Untuk 2 malam sahaja, para pengunjung yang membuat tempahan awal sebelum 15 Disember akan mendapat potongan harga sebanyak 25peratus. Harga asal yang dikenakan adalah RM125/DEWASA dan RM88/KANAK-KANAK.

Para pengunjung berpeluang menikmati suasana makan malam yang berbeza di tepi kolam sambil ditemani dengan iringan muzik bagi menghangatkan lagi suasana.


Menjelang sambutan Tahun Baru pula, Sunway Resort Hotel & Spa menyediakan lokasi terbaik untuk rakyat Malaysia berhimpun bersama-sama menyambut kedatangan 2020.

Setiap pengunjung yang hadir pasti tidak menyesal kerana anda akan disajikan dengan pelbagai hiburan dan juga menu makanan-makanan yang disediakan oleh chef terbaik dimiliki Sunway Resort Hotel & Spa.



New Year’s Eve & Day |31 Disember 2019 & 1 Januari 2020

Pada malam ambang kemerdekaan, anda akan dibawa menikmati pengalaman makan malam bersajikan menu-menu antarabangsa dan juga tempatan pada harga RM158/DEWASA dan RM68/KANAK-KANAK, bermula 6.30pm sehingga 10.30pm.

Menjelang detik-detik kemerdekaan pula, Supercountdown Buffet juga disediakan bermula 11pm sehingga 1pm. Anda boleh membuat tempahan pada harga RM78/DEWASA dan RM58/KANAK-KANAK.



Pada 1 Januari pula, bermula dari 12.30pm sehingga 3.30pm, anda boleh membuat tempahan untuk New Year High Tea Buffet pada harga RM98/DEWASA dan RM68/KANAK-KANAK.

Tak mahu terlepas kemeriahan Sambutan Kemerdekaan? Anda boleh membuat tempahan awal sebelum 24 Disember untuk mendapatkan potongan harga sebanyak 25 peratus.

Untuk membuat tempahan, anda boleh menghubungi The Resort Cafe di +6037452009 atau +60374928000.

Layari facebok dan laman web Sunway Resort Hotel & Spa untuk maklumat lanjut.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...