Progress check untuk Khair selepas 1 tahun dia attend kelas renang (actually kalau mengikut kiraan bulan, tempoh belajar baru 10 bulan). Kiranya ini adalah semacam simple test untuk mengetahui setakat mana penguasaan dan penerimaan pelajar-pelajar dalam mempelajari teknik renang yang betul.
Basically progress check ni macam latihan biasa je, tak ada kelainan pun. Cuma masa penilaian dibuat, head coach akan menilai sendiri progress anak-anak sebelum direkodkan dan diabadikan dalam sijil.
Macam Khair sendiri, bila head coach dah buat penilaian.. dia dikategorikan sebagai Y1. Yakni, dia adalah pelajar yang sedang belajar armpulling dan pernafasan. Dalam bahasa mudah, kiranya masa dia tengah berenang tu.. dia tengah nak mahirkan diri untuk berenang sambil ambil nafas.
- R1 – Pelajar masih belajar tahan nafas dan bubbles.
- R2 – Pelajar masih belajar terapung sambil tahan nafas dan belajar push-off daripada wall tanpa bantuan.
- R3 – Pelajar sedang belajar kicking dengan bantuan dan tanpa bantuan jurulatih.
- Y1 – Pelajar sedang belajar armpulling dan pernafasan.
- Y2 – Pelajar sudah dapat menguasai backfloat dan sudah boleh berenang freestyle sejauh 25m dan ke atas tanpa bantuan jurulatih.
- B1 – Pelajar sudah dapat berenang freestyle dan breaststroke (kuak dada) sejauh 25m dan ke atas tanpa bantuan jurulatih.
- B2 – Pelajar sedang belajar backstroke dan betulkan stroke.
- G – Tahniah. Pelajar sudah dapat menguasai semua stroke (freestyle, breaststroke, backstroke dan butterfly) dengan berenang sejauh 25m ke atas tanpa bantuan jurulatih.
Well.. bagi aku, progress dia okay je kot. Nak kata slow atau laju, aku sendiri pun tak tahu slow atau selaju mana pelajar boleh pandai berenang. Even aku sendiri pun tak tahu berenang. So bila dia dah sampai tahap sekarang ni, aku impressed. Hahaha.
Bila dah lepas progress check ni.. Tadaa! Maka dia dapat lah sijil.. boleh masuk dalam frame sebagai kenangan. Hee.
Fuh.. Bila tengok Khair baru dalam kategori Y1, aku dah bayangkan macam jauh lagi perjalanan dia tu. Hopefully dia tak buat perangai nak stop training kat tengah-tengah. Hohoho