Sebentar tadi kecoh di media sosial apabila rakaman video pelakon Aliff Aziz ditangkap polis di Singapura dan telah mengundang pelbagai reaksi serta spekulasi netizen.
BACA : “Nafasnya Berbau Arak…” – Ganggu Kententeraman Awam Dalam Keadaan Mabuk, Polis Tahan Aliff Aziz
Ramai yang mendakwa rakaman berdurasi satu minit itu adalah babak salah satu drama terbaharu lakonan artis kelahiran Singapura itu.
Dalam rakaman tersebut, Aliff dilihat bergelut dengan beberapa anggota polis dan pada masa yang samadia menghubungi ayahnya menggunakan telefon bimbitnya bagi mendapatkan bantuan.
Aliff menjerit memberitahu kepada ayahnya bahawa ada orang memukulnya.
Rakaman Video Saksi Dedah Cerita Sebenar Aliff Aziz Ditangkap Polis
Bagaimanapun, sebuah lagi rakaman video daripada saksi kejadian memaparkan kejadian sebelum Aliff Aziz ditangkap polis.
Video tersebut pula memaparkan pelakon itu melarikan diri sebelum ditangkap polis dan menurut saksi (perakam), Aliff pada mulanya bergaduh dengan seorang lelaki dan seterusnya bergaduh dengan semua orang yang berada di situ.
Pada masa yang sama, dilihat Aliff dikejar oleh pihak polis dan akhirnya berjaya ditangkap.
“Nafasnya Berbau Arak…” – Ganggu Kententeraman Awam Dalam Keadaan Mabuk, Polis Tahan Aliff Aziz