Get $25 free
loading...

“MK Datang Dari Jauh, Kau P Pakiuu…Naa Bab* Kau” – Peminat MK Serang Si Provokasi

Gara-gara mencetuskan provokasi dengan menunjukkan isyarat jari tengah dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap penyanyi rap kumpulan K-Clique, MK semasa persembahan di Sandakan, Sabah baru-baru ini, seorang penonton diserang dan dibelasah oleh peminat MK.

LIHAT : (Video) MK K-Clique Dicium Peminat Ketika ‘Wefie’, Netizen Bengang Dengan Wanita Tak Tahu Malu

Menerusi rakaman video 8 saat yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, dilihat si perakam membuat provokasi dengan menunjukkan jari tengah kepada MK yang sedang membuat persembahan di atas pentas, namun disapa tenang oleh MK.

Tidak berakhir di situ, satu lagi rakaman video berdurasi 19 saat menunjukkan lelaki terbabit dibelasah oleh peminat MK selepas lelaki tersebut masih membuat provokasi berterusan semasa sesi meet and greet bersama peminat (selepas persembahan) sehingga penganjur campur tangan.

“Insiden yang berlaku pada Sabtu lalu hanyalah salah faham dan mungkin lelaki itu ada rasa kurang senang dengan kami. Semasa saya sedang buat persembahan lagi dia dah mula provoke dengan menunjuk jari tengah… tapi saya tak layan!

“Selepas persembahan, ada sesi meet and greet bersama peminat dan lelaki itu masih membuat provokasi berterusan sehingga terpaksa campur tangan penganjur.

“Alhamdulillah, semuanya terkawal dan tak ada kejadian tidak diingini berlaku dan pihak penganjur juga menjalankan tugas dengan baik bagi meredakan keadaan,” jelas MK kepada mStar.

Untuk mengelakkan berlakunya pergaduhan, MK terpaksa diiringi memasuki kenderaan.

Menurut MK, perkara seperti itu tidak melemahkan semangatnya untuk terus menghiburkan peminat dan mendakwa ianya bukan pertama kali.

“Kejadian itu bukan pertama kali, sebelum ini pun ada! Dalam hal ini, saya sentiasa mengingatkan diri bahawa saya dibayar untuk buat persembahan dan perlu beri komitmen sepenuhnya terhadap kerja.

“Saya hanya mahu memberikan yang terbaik untuk penonton dan peminat, apabila saya menyanyi di atas pentas itu adalah pekerjaan dan kena buat bersungguh-sungguh.” – MK.

MK juga memberitahu tidak boleh terikut-ikut dengan emosi dan cuba untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini kerana tidak mahu ianya menjadi isu besar sehingga merugikan banyak pihak.

Video Penonton Tunjuk Jari Tengah Pada MK Cetus Kontroversi

Video Penonton Tunjuk Jari Tengah Pada MK Cetus Kontroversi Dibelasah Peminat MK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...