Pasti korang tahu bahawa pelakon Datuk Fizz Fairuz telah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian di Anugerah Skrin 2019 baru-baru ini, namun hakikatnya dia tidak menerima tawaran lakonan hampir tiga bulan.
BACA : “Darah Banyak Tadi Nak Salahkan Siapa?”- Fizz Fairuz Tegur Jururawat Yang Merawat Anaknya
Menerusi Instagram isterinya, Datin Almy Nadia mendedahkan perkara terbabit dan mendakwa segelintir produksi menyangka Fizz terlalu sibuk dan hanya menerima tawaran lakonan dengan bayaran yang tinggi selepas memenangi anugerah.
“Bila dah dua bulan tak ada job, muka ketat, orang bajet dia sibuk… Fizz busy, Fizz busy, Fizz busy, Fizz mahal, Fizz sibuk!
“Sedangkan (Fizz) dah duduk rumah nak masuk bulan ketiga tak ada shooting.” – tulis Almy di Instagram
Perkongsian Almy di Instagram itu menarik perhatian netizen dan rakan artis seperti Nad Zainal, Emelda Rosmila dan Jasmin Hamid turut memberikan komen.
Menurut Jasmin Hamid, bayaran pelakon di Malaysia masih rendah jika dibandingkan dengan bayaran yang diterima anak seni di luar negara.