Penyanyi Ainan Tasneem, 24, telah memilih Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz sebagai lokasi untuk mengadakan majlis pernikahan dengan pasangan pilihannya.
Ainan memilih seorang jurutera, Mohamad Ariffudin Mohammad Swaimi sebagai bakal suami pada tarikh 6 Januari depan. Sementara majlis resepsi pula, juga diadakan di Shah Alam
Ainan yang sebelum ini telah pun menyatakan hasratnya untuk berhenti menyanyi selepas berkahwin. Dan hasrat tersebut akan tetap dilaksanakan.
"Kontrak Ainan akan tamat pada bulan April 2017. Jadi Ainan juga telah membuat keputusan untuk tidak menyambung kontraknya. Perlahan demi perlahan, Ainan akan mengundurkan diri dalam bidang nyanyian. Jika terlibat pun dalam bidang seni, mungkin sebagai pengacara sahaja," ujar pengurusnya kepada MH Online.
Dalam pada itu, Ainan kini sedang sibuk dengan persiapan bagi majlis perkahwinannya yang lebih kurang seminggu sahaja lagi.
Kami di MH Online mengucapkan agar majlis berjalan lancar seperti yang dirancang.
lagi info di : Gosip Artis Terkini

Cinta Untuk Sekali Lagi Raya Lakonan Meerqeen, Ery ...

Ruben Onsu Umum Sudah Peluk Agama Islam Semoga ...

Terpadamnya Pelita Syawal Lakonan Zamarul Hisham,f ...

Pondok Abuya Lakonan Faizal Hussein, Vanidah Imran ...