Bakal menyerlahkan persembahannya di pentas berprestij Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL 31), pelantun lagu Terakhir, Sufian Suhaimi nampaknya sudah bersedia.
Bagaimanapun, konsep persembahan Sufian pada malam itu nanti ada sedikit perubahan daripada perancangan asal atas nasihat pihak penganjur.
“Alhamdulillah dari segi susunan lagu dan konsep sudah sedia, cuma dari segi persembahan itu pihak penganjur tidak benarkan, ini mungkin kerana terlalu banyak penggunaan props.
“Saya gementar sebab apa yang akan saya persembahkan nanti lain daripada yang lain. Malahan tanggungjawab saya juga besar sebab saya membawa harapan peminat dan pendengar untuk dipersembahkan secara langsung di kaca TV nanti.
“Dalam persiapan lain saya juga ada pergi ke kelas vokal berguru dengan cikgu Sarah Ismail,”jelas finalis Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL 31)
Pada masa sama Sufian juga memberitahu, lagunya itu bukan sekadar menceritakan pasangan yang sudah putus bercinta, namun boleh dikaitkan dengan banyak situasi.
Pernah juga peminat Sufian memberitahu lagu Terakhir mengingatkan mereka kepada orang yang telah lama tiada.
“Secara peribadi lagu Terakhir itu ada jiwa tersendiri dan ada respon yang positif daripada pendengar. Bukan sekadar putus cinta tetapi boleh dikaitkan dengan banyak situasi.
"Pernah seorang peminat saya memberitahu kepada saya, lagu saya tu telah mengimbau masa silamnya dengan orang yang telah lama pergi,” ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.
lagi info di : Gosip Artis Terkini