Get $25 free
loading...

Aiman Tino Mahu Berikan Contoh Terbaik Kepada Peminatnya

Selaku pendatang baru di arena seni hiburan, Aiman Tino mengakui tidak mudah baginya untuk bergelar sebagai seorang artis.

Bagi anak muda belasan tahun itu, artis merupakan seorang yang dikenali umum, jadi dia perlu memberikan contoh yang terbaik kepada peminatnya.

"Sebagai artis ini bukan sekadar menyanyi sahaja, artis itu dilihat sebagi ikon yang orang sentiasa pandang. Jadi kita kena berikan contoh yang baik.

"Peminat saya sendiri ramai daripada kalangan kanak-kanak sehinggalah remaja dan dewasa. Oleh itu, tingkah laku dan cara pemakaian juga secara tak langsung kena jaga," ujar Aiman.

Aiman yang bakal berentap di pentas Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL 31) pada 22 Januari depan, segala persiapan sudah hampir siap dan antara kelainan pada persembahannya nanti ialah membuat persembahan menyanyi sambil berlakon.

"Persiapan ke AJL kita dah standby 80% ke 90%. Selain itu juga, saya ada memasuki kelas vokal setiap minggu. Dalam perkembangan lain pula,  saya akan berlakon di atas pentas sambil menyanyi dan itu adalah idea daripada ibu dan ayah saya," katanya

MH Online ucapkan semoga segala persiapan dan rencana Aiman pada malam AJL-31 berjalan dengan lancar dan menang dalam kategori yang tercalon.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...