Get $25 free
loading...

PAS: ‘Protes tuala’ bukti Umno kehabisan modal serang Azmin

Khairuddin berkata, tiada isu yang boleh digunakan Umno untuk menyerang kerajaan negeri Selangor kerana DEIG sudah diperbaiki bagi menyelaras pentadbiran demi kebaikan rakyat.

Mohd-Khairuddin-Othman

PETALING JAYA: PAS mendakwa Barisan Nasional (BN) Selangor kehabisan modal dalam isu kontroversi membabitkan Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG) sehingga memaksa mereka menggunakan “protes tuala” untuk menyerang kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman mengulas tindakan pemimpin Umno Selangor membisu dalam isu DEIG, terutamanya apabila pengurusan Perbadanan Menteri Besar (MBI) mengemukakan draf penambahbaikan enakmennya untuk disemak.

“Saya lihat Umno tidak ada isu yang dapat dimainkan untuk menyerang kerajaan Selangor. DEIG sudah diperbaiki untuk menyelaras pentadbiran demi kebaikan rakyat Selangor.

“Umno sudah tidak relevan di Selangor sehingga memaksa mereka ‘bertuala’ di hadapan bangunan setiausaha kerajaan negeri (SUK) bagi mencari publisiti murah,” kata Adun Paya Jaras itu kepada FMT sebagai mengulas perkembangan isu DEIG.

Pada 21 Disember lalu, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos berjalan ke bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, dengan hanya bertuala dan membawa satu gayung berisi kelengkapan mandian bagi membantah gangguan bekalan air besar-besaran di sekitar Lembah Klang, mulai 19 Disember lalu.

Penyelaras Adun BN Selangor, Mat Nadzari Ahmad Dahlan bagaimanapun menolak dakwaan kononnya parti itu kehabisan modal untuk menyerang kerajaan negeri Selangor melibatkan isu DEIG.

“Saya kira BN mengambil langkah proaktif dalam mendedahkan rancangan licik kerajaan Selangor kepada rakyat sehinggakan kerajaan pimpinan Azmin terpaksa mengambil langkah mengkaji semula DEIG ini.

“Isu DEIG ini bukanlah isu eksklusif BN, ianya juga dipersoalkan adun DAP sewaktu dibentangkan dahulu kerana dilihat tidak telus dan menimbulkan pelbagai tanda tanya berkenaan ketelusan pengurusan harta kerajaan yang diperolehi melalui wang rakyat,” katanya.

Sebelum ini, Umno Selangor mempertikaikan pendirian kerajaan negeri meneruskan operasi DEIG pada tahun ini, sedangkan kertas putih berhubung strategik penubuhannya sehingga hari ini tidak dibentangkan secara rasmi melalui DUN Selangor.

Penubuhan DEIG membimbangkan pelbagai pihak, termasuk DAP kerana ia hanya bermodalkan RM2, iaitu 2 saham masing-masing bernilai RM1 yang dipegang 2 individu, iaitu ketua pegawai eksekutif Kumpulan MBI dan ketua pegawai operasinya.

Ia turut mengambil alih aset milik kerajaan negeri berjumlah RM30 bilion daripada MBI ketika pentadbiran Khalid dahulu.

DEIG: UMNO dakwa Azmin mungkir janji

Enakmen MBI disemak untuk elak kontroversi

Khalid Ibrahim minta siasat DEIG


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...