Get $25 free
loading...

Jumlah Mangsa Banjir Di Kelantan Meningkat Pagi Ini

Jumlah mangsa banjir di negeri Kelantan kini dilaporkan bertambah daripada 1,213 orang kepada 1,284 oang pada pukul 8 pagi tadi.

Menurut Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan, Zainuddin Hussin, setakat ini ada 510 mamgsa di Kuala Krai, 36 mangsa di Jeli, 312 mangsa di Tanah Merah, 347 mangsa di Pasir Mas dan 79 mangsa di Machang menurut laporan satu portal berita.

“Semua mangsa ditempatkan di 30 pusat pemindahan di 5 jajahan tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, jumlah itu dijangka akan naik tengah hari ini, antaranya di jajahan Pasir Mas dan Tumpat, selepas air sungai dari hulu sampai ke kawasan berkenaan.

Sementara itu, menurut laman web Kerajaan Negeri Kelantan ‘ebanjir.kelantan.gov.my’, tiga sungai utama di Kelantan terus menunjukkan penurunan paras air pada pukul 8 pagi ini berbanding pukul 8 malam tadi.

Sungai Galas di Dabong turun kepada 32.56m berbanding 34.33m malam tadi. Paras bahaya bagi sungai itu adalah 38m.

Sungai Lebir di Tualang pula berada di paras 28.26m berbanding 30.74m (paras amaran 35m) dan Sungai Kelantan di Tangga Krai pula pada paras 22.24m berbanding 24.06m (paras amaran 25m).

Bagaimanapun, air Sungai Golok di Rantau Panjang terus meningkat ke paras 10.19m daripada 9.58m berbanding malam tadi, melepasi paras bahaya 9m.

Sementara itu, semalam Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turun padang melawat mangsa banjir di Kelantan diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Kemudian, pada hari ini, beliau hadir di pusat pemindahan mangsa banjir di Kampung Bukit Tadok, Kuala Berang di Terengganu lewat petang semalam, meninjau keadaan mangsa banjir di sana.

Di Terengganu, Ahmad Zahid diiringi oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman. – pru14.tv

Comments

Share This:



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...